27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Zizi Kirana Antara Rakyat Malaysia Yang Ditahan, Mohon Dibebaskan

    Shopee Sale

    Selebriti dan juga aktivis kemanusiaan Zizi Kirana antara rakyat Malaysia yang menyertai pelayaran Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza telah ditahan secara tidak sah oleh tentera Israel selepas kapal mereka iaitu Huga dilapor telah dipintas di perairan antarabangsa, pada pagi Khamis.

    Artikel Berkaitan: ‘Mereka Makin Dekat Dengan Bot Kami’ – Live Ardell Aryana Terputus Lagi

    Artikel Berkaitan: ‘Mereka Sebut See You In Jail, Saya Orang Last Akan Lempar Telefon’ – Ardell Aryana

    Dipercayai ditahan

    View this post on Instagram

    A post shared by Sumud Nusantara (@sumudnusantaraofficial)

    Menerusi hantaran di Instagram, akaun Sumud Nusantara Official telah memuat naik rakaman video Zizi yang dipercayai telah direkod sebelum penahanan dilakukan.

    Dalam video tersebut Zizi atau nama lengkapnya Nur Fazelah Mad Tahil, 40, menyatakan bahawa dia ditelah diculik oleh pihak berkuasa Israel.

    Nama saya Zizi Kirana. Saya warganegara Malaysia.

    Jika anda menonton video ini bermakna saya telah diculik dan ia bertentangan dengan kehendak saya oleh tentera Israel.

    Misi kemanusiaan kami adalah aman, tiada keganasan dan mematuhi sepenuhnya undang- undang antarabangsa.

    Pembebasan tanpa syarat

    Dalam masa yang sama, penyanyi itu turut berharap agar kerajaan Malaysia mendesak Israel untuk memberikan pembebasan kepada mereka.

    Saya segera merayu kepada kerajaan Malaysia terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menuntut pembebasan segera dan tanpa syarat.

    Difahamkan selain Zizi, beberapa warga Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan tersebut telah ditahan antaranya Zulfadhli, Rusydi Ramli, Musa Nuwayri, Muaz Zainal, Haikal Abdullah, Iylia Balqis, Sul Aidil dan yang terbaharu dikongsikan akaun tersebut ialah Norfarahin Romli (Farah Lee) dan Danish Nazram.

    MENARIK:  Demi ‘Keluang Man’, Nas-T Sanggup Tak Makan Nasi & Tolak Tawaran Lakonan Yang Lain

    Sumber: Sumud Nusantara Official

    The post [VIDEO] Zizi Kirana Antara Rakyat Malaysia Yang Ditahan, Mohon Dibebaskan first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah