28 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 25, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Zaquan Adha Kongsi Momen Kelahiran Hingga Detik Akhir Pemergian Arwah Anak – ‘Sakit & Pedih Bila Perasaan Ini Datang’

    Shopee Sale

    Perkongsian terbaharu bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha tentang pemergian anak bongsunya, Allahyarham Muhammad Aisy Al Raees telah meruntun hati warganet.

    Artikel Berkaitan: Anak Bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah Meninggal Dunia

    MENARIK:  [VIDEO] Randy Pangalila Dah Janji Dengan Isteri, Sebak Umum Bersara Dari Dunia Tinju – ‘Randpunk Sign Out’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zaquan Adha Masih Terkejut Pemergian Cahaya Mata Bongsu – ‘Biarlah Saya, Isteri & Anak-Anak Saja Tahu Apa Yang Jadi’

    Rasa rindu

    " data-video-id="7564669115021937927" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @zaquanadha88

    Hari Jumaat yg penuh rasa kerinduan saya dan isteri @Ayu raudhah buat anak syurga kami…sakit dan pedih bila perasaan ini sekali sekala datang..#AnakRamai

    ♬ RINDU – Yuda Pratama

    Menerusi hantaran di TikTok, Zaquan atau nama lengkapnya Zaquan Adha Abdul Razak memuat naik video yang memaparkan momen kelahiran anaknya itu hingga ke detik akhir pemergiannya.

    Antara detik yang meruntun jiwa adalah ketika arwah diberikan bantuan kecemasan semasa di dalam ambulan dan proses mengafankan jenazah.

    Di ruangan kapsyen, Zaquan meluahkan rasa rindu yang mendalam terhadap anak ketujuhnya itu.

    Hari Jumaat yang penuh rasa kerinduan saya dan isteri buat anak syurga kami.

    Sakit dan pedih bila perasaan ini sekali sekala datang.

    Netizen sebak

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat perkongsian tersebut dan merasai keperitan kehilangan orang yang tersayang.

    Terdahulu, pada 11 Februari lalu Zaquan memaklumkan berita pemergian anak bongsunya yang berusia enam bulan itu kepada umum di media sosial.

    Untuk info, pelakon Ayu Raudhah telah selamat melahirkan anak ketujuhnya itu pada 2 Ogos 2024 dengan berat 2.3 kilogram.

    Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan turut dikurniakan enam cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12 Muhammad Aisy Aryann, 11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia dua tahun.

    Sumber: TikTok Zaquan Adha

    The post [VIDEO] Zaquan Adha Kongsi Momen Kelahiran Hingga Detik Akhir Pemergian Arwah Anak – ‘Sakit & Pedih Bila Perasaan Ini Datang’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah