Suami kepada pelakon terkenal, Mira Filzah iaitu Wan Emir meraih perhatian netizen dengan kemunculannya sebagai pengasas bagi aplikasi ReMeal.
Aplikasi yang berguna
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Wan Emir Astar, 35, dilihat memperkenalkan aplikasi yang direka khas untuk mengelakkan pembaziran makanan di Malaysia.
Menurutnya, kini ReMeal memiliki 40 cawangan dan akan berkembang lagi.
ReMeal adalah aplikasi tempatan pertama di Malaysia yang menyelamatkan makanan yang berlebihan.
Makanan berlebihan ini yang dijumpai di kafe dan hotel.
Pada asasnya, sesiapa sahaja dalam industri makanan dan minuman atau yang berpotensi mempunyai lebihan makanan.
Tambah Emir, makanan yang dimasukkan ke dalam aplikasinya adalah 50 peratus lebih murah daripada harga asal.
Walau bagaimanapun, ianya tetap bergantung pada pemilik kafe atau hotel itu tersebut.
Netizen puji
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan pelakon Mira Filzah bertuah kerana memiliki suami seperti Wan Emir. Selain itu, warganet turut kagum dengan idea yang dijayakan oleh Emir untuk mengurangkan pembaziran makanan di Malaysia.