Pelakon Uqasha Senrose bersyukur dikurniakan seorang ibu mentua yang baik hati sepanjang hampir lima tahun bergelar menantu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Gelaran Datuk Bukan Beli, Adik Ipar Seorang Ahli Perniagaan’ – Uqasha Senrose
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uqasha Senrose Sebak Anak Sudah Berani Berdiri – ‘Dulu Dia Selalu Takut’
Ibu mentua baik
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, menyifatkan ibu mentuanya sebagai seorang wanita yang lemah lembut.
Ujarnya lanjut, ibu kepada pelakon Kamal Adli itu merupakan seorang yang positif sekali gus tidak mudah menilai seseorang daripada luaran.
Dia seorang yang sangat lemah lembut.
Dia suka masak untuk menantu. Kalau kami semua balik rumah mak mentua, dia lah orang yang paling bahagia.
Dia suka kami berkumpul adik-beradik ramai-ramai.
Mak mentua saya ustazah tapi tak judgemental.
Dia sangat positif.
Pada akhir perkongsian, Uqasha sempat meluahkan rasa sayang pada ibu mentua yang memberi layanan baik seperti anak kandung.
Untuk rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada November 2021.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Uqaira.
Sumber: TikTok @berryfull
The post [VIDEO] Uqasha Senrose Syukur Miliki Ibu Mentua Baik – ‘Dia Suka Masak Untuk Menantu’ first appeared on OHBULAN!.