27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 5, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Siti Jamumall Selamat Bersalin – ‘Alhamdulillah, Syukur Segalanya Dipermudahkan’

    Shopee Sale

    Usahawan dan personaliti media sosial, Siti Jamumall telah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya pada Jumaat.

    Artikel Berkaitan: Siti Jamumall Pernah Berdepan Saman RM30 Juta Jual ‘Perfume Imitation’ – ‘Ketika Itu Kami Tak Tahu Salah’

    MENARIK:  Yuka Kharisma Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang Kerana Difitnah, Madammu Balas ‘Saya Tunggu’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Vida Tanggung Segala Kos Bersalin, Siti Jamumall Menangis Sebak

    Selamat bersalin

    " data-video-id="7549118226345561352" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @sitijamumall

    alhamdulillah siti da selamat bersalin #sitijamumall

    ♬ original sound – sitijamumall – sitijamumall

    Menerusi perkongsian di TikTok, Siti atau nama lengkapnya Siti Suriani Wahiddin dilihat sedang berada di atas katil sambil memegang bayinya.

    Dalam video singkat itu, Siti memaklumkan tentang berita gembira tersebut dengan penuh rasa syukur.

    Untuk mana yang mendokan, saya dah selamat bersalin.

    Alhamdulillah, syukur.

    Jam 1.00 p.m tadi saya dah selamat bersalin. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

    Ucapan netizen

    Menjengah ke ruangan komen, Siti dihujani dengan ucapan tahniah daripada warganet di atas kelahiran cahaya matanya itu.

    Terdahulu, Siti menjadi bualan apabila tular video memaparkan dirinya diceraikan suami yang juga pempengaruh, Aiman Tak Kesah menerusi siaran langsung di TikTok.

    Untuk rekod, Siti sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun bercerai selepas tiga tahun.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4.

    Siti kemudian bernikah dengan Aiman dalam majlis tertutup di Satun, Thailand pada Jun 2023.

    Sumber: TikTok Siti Jamumall

    The post [VIDEO] Siti Jamumall Selamat Bersalin – ‘Alhamdulillah, Syukur Segalanya Dipermudahkan’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah