26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 6, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Siti Hariesa Nafi Besar Kepala, Mohon Individu Tak Puas Hati Tampil Berdepan – ‘Tegur Saya, Jangan Cakap Belakang’

    Shopee Sale

    Pelakon Siti Hariesa nafi dakwaan mengenai dirinya besar kepala di set penggambaran sehingga membuatkan segelintir pelakon veteran tidak selesa.

    Artikel Berkaitan: Siti Hariesa Nafi Akan Kahwin Waktu Terdekat, Tak Mahu Terlalu Kongsi Kisah Peribadi – ‘Insya-Allah Satu Hari Nanti’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Hariesa Dah Ada ‘Teman Istimewa’, Sedang Mengenali Hati Budi – ‘Baru Sebulan Kenal’

    Besar kepala di set?

    Ketika ditemui , Siti Hariesa atau nama lengkapnya Siti Hariesa Muhammad Hanafi berkata, dia mengalami keletihan dari segi mental dan fizikal.

    Ujarnya lanjut, jika dakwaan ini benar, individu terlibat perlu berdepan dengannya secara berani.

    Kita manusia, sebenarnya saya dah penat masuk set setiap hari.

    Saya penat fizikal dan mental. Bukan nak kata saya besar kepala tapi kadang-kadang ada hari yang saya penat dan tiada mood.

    Kalau saya ada buat salah, saya minta maaf.

    Saya rasa, kalau tak puas hati, tegur. Jangan cakap belakang.

    Saya masih belajar dalam industri ini. Lebih baik jujur di depan saya.

    Semua manusia berjenis-jenis. Saya tak boleh nilai. Kita hanya buat kerja kita.

    Hariesa berkata demikian ketika ditemui di sesi fotografi drama bertempat di Balai Berita Bangsar pada Jumaat.

    MENARIK:  Anak Sulung Rita Rudaini Mendapat Gred Cemerlang 3.99, Dedikasi Kejayaan untuk Ibu Tercinta – 'Hadiah Hari Jadi untuk Mommy'

    Dalam pada itu, Hariesa tetap dengan pendiriannya untuk mengutamakan diri sendiri.

    Saya bergaul dengan semua orang.

    Saya ada pendirian sendiri. Kalau saya penat, saya tak mahu tambah tekanan.

    Saya akan jadi diri sendiri.

    Terdahulu, timbul dakwaan mengatakan pelakon berusia 27 tahun itu gagal memberi disiplin baik ketika di set penggambaran selain dikatakan menunjukkan sikap besar kepala, sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan artis senior.

    The post [VIDEO] Siti Hariesa Nafi Besar Kepala, Mohon Individu Tak Puas Hati Tampil Berdepan – ‘Tegur Saya, Jangan Cakap Belakang’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah