27.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 6, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Sepatutnya Dah Ada Perancangan’ – Kamal Adli Bersendirian Tanpa Uqasha Senrose Di Hari Ulang Tahun Perkahwinan

    Shopee Sale

    Pelakon Kamal Adli mendedahkan bahawa hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan keempatnya bersama isteri tercinta, yang juga merupakan aktres, Uqasha Senrose.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Nasihat Tidak Perlu Campuri Urusan Rumah Tangga Kamal Adli & Uqasha Senrose – ‘Kita Doa Yang Terbaik’

    Artikel Berkaitan: Kamal Adli Terharu, Puji Netizen ‘Sweet’ Pujuk Uqasha Senrose Di Instagram

    Sambut ‘anniversary’ sorang

    Ketika ditemui , pemilik nama sebenar Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, akui reda menyambut ulang tahun perkahwinan tahun ini secara berseorangan.

    Jelas Kamal, dia sebenarnya telah mengambil cuti lebih awal, namun perancangan itu tidak menjadi seperti yang diharapkan.

    Hari ini anniversary saya tau.

    Sepatutnya dah ada perancangan. Tapi dah jadi macam ini, tidak mengapalah.

    Tahun ini anniversary berbeza sikit, saya bersendirian saja.

    Saya memang dah ambil cuti. Memang setiap tahun begitu. Cuma tahun ini tak berjaya sangat.

    Kamal berkata demikian selepas selesai sidang media bagi drama Bahagia Yang Tertangguh yang berlangsung di Pavilion Bukit Bintang, sebentar tadi.

    MENARIK:  ‘Saya Akan Tanggung Semua Kesalahan, Asalkan Semua Orang Bahagia’ – Nora Danish

    Menjawab mengenai komunikasi bersama Uqasha, Kamal memaklumkan masih sama seperti dahulu.

    Masih lagi seperti hari itu, kita pakai burung (seloroh).

    Sementara itu, Kamal menjelaskan kelewatannya menghadiri sidang media disebabkan bergegas dari lokasi sambutan ulang tahun perkahwinan yang pada asalnya dirancang sebagai tempat meraikan tarikh istimewa itu.

    Terdahulu, rumah tangga pasangan itu mula menjadi perhatian selepas dikatakan bergolak sejak April lalu namun ia bukan berpunca daripada orang ketiga.

    Untuk rekod, Uqasha dan Kamal disatukan sebagai suami isteri pada 5 November 2021 dalam satu majlis di Janda Baik, Pahang.

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira.

    The post [VIDEO] ‘Sepatutnya Dah Ada Perancangan’ – Kamal Adli Bersendirian Tanpa Uqasha Senrose Di Hari Ulang Tahun Perkahwinan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah