30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Saya Tak Pernah Culas Nafkah Anak’ – Pengantin Lelaki

    Shopee Sale

    Bekas suami kepada wanita yang menyerbu majlis perkahwinannya untuk menyerahkan dokumen perundangan kini tampil menjelaskan situasi tersebut menerusi satu rakaman di TikTok.

    Artikel Berkaitan: Wanita Serbu Majlis Nikah Bekas Suami, Bawa Anak & Dokumen Mahkamah – ‘Aku Penat Cari Nafkah, Kau Boleh Kahwin’

    MENARIK:  Hael Husaini, Nadeera, Ernie Zakri & Ramai Lagi Gegarkan TikTok Shop Kecoh Bazar Raya LIVE 19 & 20 Mac Ini!

    Nafi culas nafkah

    " data-video-id="7558313986656095495" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @wanssuk

    Saya manusia biasa. Saya juga ada hati, perasaan, dan maruah. Selama ini saya memilih untuk diam demi menjaga keharmonian dan nama baik semua pihak. Namun apabila maruah saya dan keluarga dipijak, saya tidak boleh terus berdiam diri. Diam bukan bererti salah. Segala yang saya nyatakan hari ini bukan untuk membuka aib sesiapa, tetapi untuk menjelaskan fakta sebenar. Cukuplah fitnah dan tohmahan yang dilempar tanpa usul periksa. Saya hanya mahu kebenaran ditegakkan dan maruah keluarga saya dipulihkan. Saya percaya, kebenaran mungkin lambat, tetapi ia tidak akan hilang. Dan hari ini, saya berdiri dengan yakin bukan kerana ingin menang, tetapi kerana saya tidak mahu terus dipijak dalam diam.

    ♬ original sound – Wanns – Wanns

    Dalam hantaran itu, lelaki yang dikenali sebagai Wan (nama di TikTok), memberitahu dia dan bekas isterinya telah bercerai dua tahun lalu dan menafikan dakwaan bahawa dia culas membayar nafkah.

    Menurut Wan, beberapa isu lama berkaitan tuntutan nafkah dan kes di Mahkamah Syariah telah diselesaikan termasuk penetapan nafkah anak sebanyak RM900 sebulan (RM450 bagi setiap anak).

    Dia kata ada bagi lima saman terhadap saya, cuma yang saya acknowledge dan saya sain pada hari semalam penyerahan dengan saya tu, saya dapat hanyalah dua saman, which is yang pertama adalah nafkah tunggakan dan satu lagi adalah permohonan menaikkan nafkah anak.

    Saya lalui tiga kes Mahkamah Syariah yang dah pun selesai, yang pertama anak, nafkah anak, nafkah iddah dan juga yang tuntutan hutang. Ini dah pun selesai pada November 2024 tak silap saya.

    Saya tak pernah culas, tak pernah sekali pun saya terlepas bayar untuk sebulan. Jadi untuk kata yang ada tunggakan yang apa dia ni ada culas nafkah dan sebagainya, itu adalah sama sekali tidak betul.

    Nafkah anak daripada 900 dia minta tukar kepada 1,500 untuk setiap seorang anak. Jadi maksudnya dia minta 3,000 untuk setiap bulan untuk dua orang anak.

    Bersedia beri kerjasama

    Mengenai insiden wanita itu yang hadir ke majlis dengan kamera, Wan berkata tindakan tersebut kini diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

    Dia turut bersedia untuk memberi kerjasama penuh kepada mahkamah, dan menegaskan bahawa segala perkara berkaitan tuntutan akan dibenarkan untuk diselesaikan di mahkamah.

    Dalam kenyataannya, Wan turut menzahirkan kebimbangan terhadap impak isu ini terhadap kerjaya dan maruah ahli keluarga serta orang sekeliling. 

    Wan turut memberi amaran bahawa dia dan peguamnya telah merekodkan dan menyimpan tangkapan skrin serta akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa menyebarkan fitnah..

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] ‘Saya Tak Pernah Culas Nafkah Anak’ – Pengantin Lelaki first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah