Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan terkenang kembali zaman kecilnya bersama adik beradik iaitu Rahimah Che Wan, Rubytah Che Wan, Datin Rohaiza Che Wan dan Ayu Raudhah.
Zaman susah
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Rozita yang mesra disapa Che Ta dilihat bersama adiknya, Datin Rohaiza Che Wan sedang menjamu selera di sebuah restoran.
Pada kapsyen, Che Ta mendedahkan mereka sekeluarga datang dari keluarga susah.
Memori zaman kecil dulu macam ini lah.
Apa yang kita makan, kongsi dengan adik.
Zaman kami kecil dulu bukan senang pun, sangat susah.
Walaupun tidak dilahirkan dalam keluarga yang senang, Che Ta akui tidak pernah merasakan pahit kesusahan.
Menurut Che Ta, sikap berkongsi makanan antara adik beradik itu dibawa hingga kini.