30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Ramai Tanya Kenapa Saya Lembut?’ – Aliff Syukri

    Shopee Sale

    Usahawan dan personaliti media sosial, Datuk Seri Aliff Syukri tidak menafikan mempunyai sisi feminim dalam dirinya, namun menjelaskan perkara itu bukanlah sesuatu yang disengajakan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Hidup Dalam Broken Family Tidak Mudah, Saya Sanggup Bayar RM1 Juta Untuk Ubah Kisah Silam’ – Aliff Syukri

    ‘Tak mahu jadi lembut’

    Aliff, 38, berkata, kecenderungan tersebut terbentuk secara semula jadi sejak kecil kerana dia banyak bergaul dengan golongan wanita dalam kalangan ahli keluarganya.

    Ramai yang tanya kenapa saya lembut? Saya tidak menafikan dan saya sendiri tidak mahu jadi lembut.

    Kalau boleh memilih, saya nak jadi macam Rosyam Nor atau Aaron Aziz. Tapi, apakan daya, takdir Allah, suara saya tak boleh diubah.

    Aliff berkongsi perkara itu menerusi podcast Show Dalam Bilik yang disiarkan di Youtube OhBulanOfficial.

    Dalam pada itu, Aliff secara berseloroh berkata jika takdir boleh diubah, dia mahu menjadi ‘lelaki Melayu terakhir’ yang gagah dan maskulin.

    Kalau takdir boleh dibayar, saya akan mohon pada Allah nak jadi lelaki Melayu terakhir. Tak perlu la jual jamu lagi, mungkin saya boleh tewaskan Meerqeen dan yang lain.

    Mengimbas kembali zaman kanak-kanaknya, Aliff mendedahkan dia membesar dalam suasana kampung dengan ahli keluarga yang mencecah lebih 100 orang ahli.

    Disebabkan suasana itu, dia sering bermain permainan yang sinonim dengan kanak-kanak perempuan seperti ‘main pondok-pondok’.

    Orang dulu-dulu duduk satu kampung makcik, pakcik, sepupu semua berdekatan. Dalam ramai-ramai itu, cuma tiga atau empat orang saja lelaki, selebihnya perempuan. Jadi saya membesar dengan kawan-kawan perempuan.

    Saya membesar dengan suasana main pondok-pondok, masak-masak, rasa macam saya pun wanita. Mungkin sebab itulah saya nampak lebih feminim, tapi itu bukan bermakna saya tidak menjadi lelaki.

    Undi Aliff Syukri

    Untuk info, Aliff tercalon dalam kategori Usahawan Paling Viral di Paling Viral Online.

    MENARIK:  ‘Akak Doakan Kau Rujuk Semula Dengan Laki Kau Dik’ – Zarina Zainuddin

    Undian kini dibuka sehingga 25 November 2025, dengan maksimum 50 undian setiap hari. Senarai Top 5 akan diumumkan pada 1 Disember, sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.

    Untuk memperluas capaian, melaksanakan kempen promosi berskala besar merangkumi artikel khas, video pendek di TikTok & YouTube, podcast Show Dalam Bilik serta kempen iklan digital.

    Selain itu, kolaborasi bersama TV3, Hot FM dan Kool 101 juga dijalankan untuk memastikan sambutan lebih meluas.

    Penggunaan hashtag rasmi #palingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial.

    Untuk mengundi dan maklumat lanjut sila layari http://www..com/palingviralonline.

    Video

    The post [VIDEO] ‘Ramai Tanya Kenapa Saya Lembut?’ – Aliff Syukri first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah