28 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 25, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Peniaga Wanita Terbaik Yang Pernah Saya Jumpa Dalam Hidup Adalah Christy Ng’ – Boss James

    Shopee Sale

    Personaliti media sosial, Boss James menyifatkan usahawan Christy Ng seorang yang gigih dalam menjayakan perniagaannya.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Berhabis Lebih RM200,000’ – Boss James Seronok TikTok Beri Perubahan Besar Dalam Hidup

    MENARIK:  [VIDEO] Ina Naim Tak Pandang Nilai Nafkah Daripada Suami – ‘Yang Batin Penting, Zahirnya Tengok Kemampuan’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Motivasi Untuk Saya Jadi Majikan Lebih Baik’ – Christy Ng

    Serius dalam perniagaan

    " data-video-id="7564677311967087879" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @buatsaja.podcast

    @Christy Ng 💛 Businesswomen terbaik saya pernah jumpa” Tetamu jemputan kali ini adalah @Boss James #BuatSajaPodcast – Podcast Bisnes & Inspirasi “On the Way” No.1 di Malaysia! #PodcastMalaysia #FounderSeries #BossJames

    ♬ original sound – BuatSaja Podcast – BuatSaja Podcast

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Boss James atau nama sebenar James Ng meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian Christy Ng.

    Tambahnya, Christy Ng amat menitikberatkan perancangan dalam perniagaan sekali gus menjadikan produk keluarannya disukai umum sehingga kini.

    Christy adalah seorang yang sangat gigih.

    Jangkaannya sangat tinggi.

    Kalau tak, dia tidak akan jadi Christy Ng lah.

    Saya rasa bangga. Saya selalu cakap dengan kawan saya, peniaga wanita terbaik yang pernah saya jumpa dalam hidup adalah Christy Ng.

    Tidak boleh dinafikan. Dia perhatikan setiap butiran dalam apa saja yang dia lakukan.

    Dan dia ada perancangan yang sangat baik. Dia tahu apa dia nak buat.

    Christy Ng juga menjadi hubungan dengan baik.

    Hubungan dengan Christy Ng

    Berkongsi lebih lanjut, Boss James akui Christy atau nama sebenarnya Christina Mei Mei Ng merupakan satu figura penting dalam hidupnya.

    Ujarnya lanjut, Christy banyak memberi tunjuk ajar dalam dunia perniagaan.

    Dia orang penting kepada saya.

    Kawan. Tidak pernah dalam hidup saya terfikir seorang perempuan boleh bagi impak yang begitu besar kepada saya.

    Kalau saya tak kenal Christy, saya tidak pernah tahu bahawa dunia perniagaan sangat besar.

    Saya akan hidup dalam dunia kecil saya dan selesa begitu.

    Untuk info, Christy Ng tercalon dalam kategori Usahawan Paling Viral di Paling Viral Online.

    Undian kini dibuka sehingga 25 November 2025, dengan maksimum 50 undian setiap hari. Senarai Top 5 akan diumumkan pada 1 Disember, sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.

    Untuk memperluas capaian, melaksanakan kempen promosi berskala besar merangkumi artikel khas, video pendek di TikTok & YouTube, podcast Show Dalam Bilik serta kempen iklan digital.

    Selain itu, kolaborasi bersama TV3, Hot FM dan Kool 101 juga dijalankan untuk memastikan sambutan lebih meluas.

    Penggunaan hashtag rasmi #palingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial.

    Untuk mengundi dan maklumat lanjut sila layari http://www..com/palingviralonline.

    Sumber: TikTok @buatsajapodcast

    The post [VIDEO] ‘Peniaga Wanita Terbaik Yang Pernah Saya Jumpa Dalam Hidup Adalah Christy Ng’ – Boss James first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah