27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 30, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Netizen Sebak Lihat Anak Sulung Ina Naim Menangis Teresak Selepas Ibu Dinikahi – ‘Kahwin Bukan Kerana Cinta, Tapi Kerana Allah’

    Shopee Sale



    Ina Naim

    Sepotong video memperlihatkan anak sulung kepada Ina Naim yang menangis teresak selepas ibunya selamat diijabkabulkan telah mengundang rasa sebak dalam kalangan wargamaya.

    Air mata gembira

    Ina Naim

    Menerusi rakaman video yang tular di TikTok, anak Ina dilihat berulang kali mengesat air matanya menggunakan baju.

    Tangisannya turut diiringi air mata Ina yang sama-sama menangis ketika dia sedang duduk di atas pelamin sewaktu juru nikah membacakan doa.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memahami perasaan anak sulung Ina.

    Anaknya menangis kerana dia yang memikul tanggungjawab sebagai pelindung kepada ibu dan adik-adiknya, – kata seorang wargamaya.

    Bohong la kalau seorang anak tak ingat pada arwah bapanya ketika akad ini, – tulis seorang netizen.

    Ina kahwin bukan semata cinta, dia kahwin kerana Allah. Doakan kebahagiaan Ina, – luah seorang warganet.

    ‘Menjaga ibu’

    Ina Naim

    Sementara itu, menerusi satu temu bual, anak sulung Ina gembira apabila ada yang sudi menerima dan menjaga ibunya.

    Perasaan bersyukur dan gembira kerana ada orang yang sanggup menerima dan menjaga ibu.

    Ayah baru juga layan adik-beradik dan ibu dengan baik, syukur alhamdulillah.

    Pada Jumaat, hampir setahun bergelar ibu tunggal selepas pemergian suami, Allahyarham Suhaimi Saad, Ina akhirnya mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan bernama Mohd Khairul Rizal Shukor, 41.

    MENARIK:  ‘Saya Dihimpit Pelumba Perancis & Hampir Jatuh, Pacer Gerak Perlahan’ – Azizulhasni Awang Perjelas Situasi Sebenar

    Ina bergelar ibu tunggal selepas Suhaimi yang juga bekas penyanyi kumpulan nasyid In-Team, meninggal dunia pada 15 November 2023.

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

    Pada masa sama, Mohd Khairul Rizal yang berasal dari Gemas, Negeri Sembilan dan juga duda, mempunyai dua anak masing-masing perempuan berusia 12 tahun dan lelaki berusia 10 tahun.

    Video

    " data-video-id="7434785697019579655">
    @lindangimin INA NAIM SELAMAT DIIJAB KABUL…MOGA BAHAGIA DUNIA AKHIRAT #ina #inanaim #fyp ? IBU AKU RINDU – JASMINE

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah