Pelakon Nadhir Nasar mengundang perhatian ramai selepas berkongsi mahu mengahwini gadis berasal dari negeri pantai timur, Kelantan.
Nak jodoh dari Kelantan
Menerusi video di TikTok, pemilik nama Ahmad Nadhir Ahmad Nasar dilihat sedang melakukan sesi soal jawab pantas berkenaan dengan Ramadan dan Hari Raya.
Semasa sesi tersebut, pelakon drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi memberikan skema jawapan yang biasa terhadap soalan yang diberikan.
Bagaimanapun, ketika menjawab soalan berkenaan mahu berjodohan dengan gadis dari negeri mana, Nadhir secara pantas menjawab ‘Kelantan’.
Jangan lupa bawa mak awak ke rumah saya.
‘Macam dah ada je’
Tidak dinafikan, jawapan pelakon berusia 29 tahun itu menimbulkan persoalan dalam kalangan ramai.
Segelintir mereka berseloroh mendakwa Nadhir memberikan jawapan tersebut kerana sudah mempunyai cinta hati yang berasal dari negeri itu.
Sementara itu, para peminat Nadhir turut meninggalkan komen menyatakan mereka merupakan orang Kelantan susulan mahu berjodohan dengannya.