Pelakon, Ardell Aryana mengejutkan orang ramai apabila rebah ketika dalam perjalanan menuju ke bas untuk pulang ke hotel.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] 23 Pejuang Global Sumud Flotilla Selamat Tiba Di Kuala Lumpur.. 2,000 Sambut Kepulangan Dengan Laungan ‘Bebas Gaza’
Artikel Berkaitan: ‘Ardell Antara Mencuri Tumpuan Pada Misi Kali Ini Sebab Itu Dia Kena!’ – Nadzmi Adhwa
Rebah

Difahamkan, perkara itu berlaku selepas selesai memberi ucapan pada sidang media yang berlangsung di Balai Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam Selasa.
Ketika kejadian, pemilik nama Nur Hidayah Mohd Amin, 35, berada dalam keadaan pucat sebelum jatuh tersungkur ke lantai.
Bagaimanapun, isteri kepada pelakon Nadzmi Adhwa itu dibantu oleh polis bantuan yang mengiringinya.
Nadzmi yang juga berada di tempat kejadian secara pantas menghulurkan bantuan kepada isterinya.
Sekadar info, kesemua 23 sukarelawan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dibebaskan selepas ditahan sejak 2 Oktober lalu dalam misi menghantar bantuan ke Gaza.
The post [VIDEO] Muka Nampak Pucat, Ardell Aryana Rebah Sebelum Naik Bas first appeared on OHBULAN!.