27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 5, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Dewi Kongsi Kronologi Sebenar, Dakwa Cik Epal Mengamuk & Campak Barang Rumah – ‘Dia Tarik Saya Hemp*p Ke Lantai, Cak*r Muka’

    Shopee Sale



    Isteri kepada usahawan dan pempengaruh Jofliam iaitu Emira Delyati Dewi membuka mulut selepas didakwa mengasari bekas isteri suaminya, Cik Epal.

    Pergelutan Dewi, Cik Epal

    Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram, Dewi menceritakan kronologi sebenar yang berlaku sebelum terjadinya pergelutan antara dirinya dan Cik Epal atau nama lengkapnya Nur Munirah Mahmood.

    Munirah Dan ibu bapanya datang ke rumah, kami sambut mereka dengan baik.

    Dewi turun ke bawah dan melihat Munirah tengah mengemas barang dapur. Tiada pertelingkahan, semuanya aman.

    Barang-barang yang Munirah nak ambik, Sudah diletakkan kepada satu tempat oleh dia sendiri tanpa gangguan.

    ‘Saya cuba menghalang’

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Emira Delyati Dewi (@emiradelyati)

    Bagaimanapun, Dewi mendakwa Cik Epal kemudian telah melanggar perjanjian dengan menaiki tingkat satu rumahnya dan Jofliam, sedangkan wanita itu hanya dibenarkan berada di tingkat bawah.

    Sebaik munirah berlari ke level 1, saya mengejar munirah untuk mengingat kan dia, Munirah telah melempar dekorasi rumah di tangga dan menjerit.

    Saya cuba menghalang, sebaliknya Munirah bertindak dengan menggunakan kekerasan terhadap saya. Tindakan saya selepas itu adalah untuk mempertahan kan diri .

    Dewi turut mendakwa mengalami luka dan calar di muka serta hidung akibat rambutnya ditarik dan wajahnya dicakar oleh pempengaruh tersebut.

    Video yang di post oleh Munirah adalah video selepas pertelingkahan dan melanggar perjanjian dengan membuat rakaman.

    Aurat saya didedahkan, kerana itu saya menutup pintu atas dua point ini.

    Difahamkan, Dewi telah membuat laporan polis berhubung kejadian dan menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut.

    MENARIK:  Ruhainies Jawab Dakwaan Permohonan Maaf Tidak Ikhlas, Hanya Diri Sendiri & Allah Tahu – ‘Netizen Pun Dah Penat’

    Sebelum ini, Cik Epal mendakwa dikasari oleh Dewi ketika mengambil barang-barang miliknya di kediaman bekas suami, Jofliam.

    Untuk rekod, Cik Epal dan Jofliam mengumumkan perceraian mereka pada 9 Oktober tahun lalu.

    Pasangan itu mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

    Jofliam dan Dewi pula bernikah pada 5 April lalu.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah