27.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 6, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Detik Itu Saya Tahu Dia Jatuh Cinta Pada Al-Quran’ – Neelofa Kongsi Tips Didik Anak

    Shopee Sale

    Usahawan dan selebriti terkenal Neelofa menyifatkan momen apabila anaknya mula menyambung kalimah Al-Quran sebagai detik terindah dalam kehidupannya sepanjang bergelar ibu.

    Artikel Berkaitan: Neelofa Kongsi Perjalanan Umrah, Susah Nak ‘Move On’ Selepas Balik KL – ‘Separuh Jiwa Masih Di Sana’

    MENARIK:  Syamimia Dalam Proses Berhijab – ‘Saya Mahu Mengambil Masa Sendiri …’

    Artikel Berkaitan: ‘Bilal & Abbas Adalah Peringatan Harian Saya Bahawa Mereka Merupakan Rezeki Tulus Daripada Allah’ – Neelofa

    Anak hafal Al-quran

    " data-video-id="7563285269844135188" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @hanashahadan

    Jujur, mommy tak sangka perjalanan My First Book akan sejauh ni 🥹 Dari bilik kecil kami dulu, sampai ke tangan Bilal hari ni. SubhanAllah, semuanya aturan Allah yang sempurna 🤍 MommyHana My First book X Bilal Neelofa tanda kasih, ilmu & doa setiap ibu ayah. InsyaAllah, moga bermanfaat.❤ #MommyHana #mommyhanaxbilalneelofa #MyFirstBookbilalneelofa

    ♬ original sound – Founder MommyHana – Founder MommyHana

    Menerusi perkongsian di TikTok, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 36, mengakui dirinya sama seperti pasangan lain yang berusaha mendidik anak-anak dengan sebaik mungkin.

    Tambahnya, buku audio ini menjadi salah satu medium yang membantu anaknya menghafal doa harian.

    Bila saya fikir balik, saya dengan Haris sama seperti di luar sana.

    Selain ajak solat, baca surah bersama. Saya rasa alat atau buku audio yang kita dedahkan kepada mereka di usia awal sangat membantu.

    Masa dia (Bilal) masih lagi belum sampai setahun umurnya, dia tekan buku audio (surah pilihan) secara berulang.

    Itulah detik pertama saya tahu anak saya jatuh cinta dengan Al-quran.

    Harapan

    Berkongsi lebih lanjut, isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail berharap agar anak-anak membesar menjadi insan soleh.

    Nak tengok mereka membesar jadi anak yang soleh.

    Yang dekat dengan Allah, hormat pada ibu bapa, yang berkhidmat pada saya dan Haris.

    Saya pasti ramai di luar sana pun ada impian yang sama.

    Sekadar info, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

    Sumber: TikTok @foundermommyhana

    The post [VIDEO] ‘Detik Itu Saya Tahu Dia Jatuh Cinta Pada Al-Quran’ – Neelofa Kongsi Tips Didik Anak first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah