Siapa sangka, dari skeptikal dengan jenama lokal, kini jadi penggerak festival wangian terbesar di Malaysia! Itulah semangat yang dibawa oleh Dr Riha Jamil, pengasas Fragrance Festival Malaysia (FFM).
Menurut Dr Riha, ramai orang selalu ada masalah nak pilih perfume sebab tak boleh bau dulu. “Bila beli online, kita hanya boleh baca notes je. Tapi dengan FFM, lebih 50 jenama wangian dikumpulkan di bawah satu bumbung, jadi orang boleh datang, cuba, dan pilih ikut citarasa sendiri,” jelasnya.
Dari skeptikal, jadi percaya
Dr Riha sendiri mengaku, pada awalnya beliau pun skeptikal dengan produk lokal. Katanya, ramai anggap jenama tempatan sekadar rebranding. Tapi bila beliau sendiri explore, baru sedar perfume lokal pun banyak yang berkualiti tinggi dan setanding dengan jenama antarabangsa.
Festival ‘paling wangi’ dengan lebih 50 jenama

Apa yang buat FFM ni unik? Mestilah sebab ianya literally festival paling wangi di Malaysia!
Tahun ini, lebih 50 jenama perfume dari Malaysia, Thailand, Indonesia, Dubai dan beberapa negara lain akan sertai. Confirm meriah gila!
“Kekangan kewangan dan manusia adalah cabaran terbesar”
Bukan mudah nak jayakan event sebesar ni. Dr Riha jujur berkongsi cabaran paling besar yang dihadapinya sepanjang mengendalikan FFM adalah kekangan kewangan dan juga manusia.
“Tanpa vendor dan sponsor, FFM ni takkan hidup,” katanya.
Malah, pengalaman paling pahit ialah apabila beliau cuba menjadi reviewer jujur. “Kalau cakap produk tak best, ada je yang bash sampai dihantar ugutan saman,” tambahnya.
FFM 1.0 dikecam teruk jadi pemangkin semangat Dr. Riha bangkit semula
Kalau anda masih ingat, masa Fragrance Festival Malaysia 1.0 (FFM 1.0) dulu pun sempat jadi kecoh di media sosial. Ada yang pertikai konsep, ada juga yang skeptikal sama ada festival ni betul-betul boleh menarik pengunjung.
Tapi siapa sangka, walaupun dihujani kritikan, FFM 1.0 berjaya juga dilaksanakan. Dan pengalaman itulah yang menjadi turning point untuk FFM bangkit semula dengan versi 2.0 yang lebih besar, lebih meriah dan confirm lebih wangi!
Harapan untuk industri wangian lokal
Dr. Riha berharap industri wangian tempatan terus berkembang dengan persaingan sihat. “Industri kita masih kecil. Jadi, jangan gaduh-gaduh atau guna taktik kotor. Kita kena support sesama sendiri,” pesannya.
Walaupun diasak dengan pelbagai cabaran, daripada kekangan modal, kecaman ketika FFM 1.0, hinggalah pengalaman menerima kritikan kerana bersikap jujur sebagai pengulas, Dr. Riha tetap tidak patah semangat.
Malah, dalam tempoh 3 hingga 5 tahun akan datang, FFM berhasrat untuk menjelajah ke seluruh Malaysia bagi mendekatkan industri wangian dengan lebih ramai peminat tempatan.
Tapi itu baru langkah permulaan. Impian lebih besar mereka adalah untuk bawa nama Fragrance Festival Malaysia ke pentas Asia menjadikannya platform bertaraf antarabangsa yang membanggakan!
Fragrance Festival Malaysia 2.0 bakal temui anda Oktober ini!

Untuk anda yang kaki perfume, jangan lepaskan peluang ke Fragrance Festival Malaysia 2.0 pada 10 hingga 12 Oktober 2025 di Quill City Mall, Kuala Lumpur.
Lebih 50 jenama perfume dari Malaysia, Thailand, Indonesia, Dubai dan negara lain, serta pelbagai aktiviti menarik menanti anda!
Untuk maklumat lanjut, layari TikTok dan Instagram Fragrance Festival Malaysia untuk update terbaru.
Mahu memaparkan perniagaan anda di lebih 30 jenama? Media Prima memperkenalkan #MariLokal bagi membantu PKS meningkatkan perniagaan. Emel ke smesales@revmedia.my untuk mengetahui lebih lanjut.
The post [VIDEO] Dari Skeptikal Jadi Bangga, Dr Riha Bawakan Sekali Lagi Festival Wangian Terbesar! first appeared on OHBULAN!.