28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Alhamdulillah, Isteri Saya Kini Sudah Hamil Lima Bulan’ – Shuib

    Shopee Sale

    Tidak lagi berteka-teki, pelawak dan usahawan Shuib mengesahkan bahawa isterinya, Watie Hanifiah kini sedang berbadan dua.

    Artikel Berkaitan: Timbul Dakwaan Sedang Berbadan Dua, Watie Hanifiah Mohon Doa – ‘Saya Harap Dapat Menjadi Ibu Yang Lebih Baik’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Talita Lupakan Hasrat Sambut ‘Birthday’ Di Sunway Lagoon Demi Mummy Watie – ‘Anak Yang Memahami Situasi’

    Bakal timang bayi

    View this post on Instagram

    A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

    Ketika ditemui , berita gembira tersebut dikongsikan oleh Shuib dan Watie sendiri yang pada awalnya memilih untuk tidak mendedahkan tentang perkara itu.

    Alhamdulillah, seperti mana yang orang nampak, isteri saya memang sudah hamil lima bulan.

    Masa mula-mula dia hamil anak kami yang pertama sebelum ini, kami tahu ketika berada di Madinah. Semasa itu saya rasa sangat sayu kerana teringatkan arwah Siti Sarah yang kali terakhir hamil anak bongsu kami.

    Jadi, bila Watie hamil kali ini, perasaan itu datang semula, macam deja vu. Sebenarnya rasa sayu dan takut sedikit, tetapi kehamilan pertama bukan rezeki kami.

    Pemilk nama Shahmira Muhamad, 41, itu turut mengucapkan rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana mengurniakan dirinya serta isteri peluang sekali lagi untuk memiliki cahaya mata bersama.

    Yang kedua ini memang kami ada merancang. Alhamdulillah, lekat (hamil). Watie pun sangat teruja dan berjanji akan menjaga kandungan sebaiknya kerana sebelum ini dia kuat bekerja.

    Shuib berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single sulung penyanyi, Amad Dayyan yang berlangsung di Gombak, Selangor pada Selasa.

    MENARIK:  Jangan Bangga Diri & Enggan Menghakimi Artis – Baby Shima

    Kongsi berita gembira 

    Bercerita lanjut, Shuib berkata, tidak ramai yang mengetahui tentang keadaan Watie semasa di awal kehamilan termasuk ahli keluarga mereka serta anak-anak.

    Namun, Shuib dan Watie mengambil keputusan untuk memaklumkan mengenai perkara tersebut kepada anak perempuannya, Talita pada malam final program Talk To My Manager (TTMM).

    Saya beritahu Talita dalam bilik persalinan sebelum dia buat persembahan. Sebab itu dia nampak sangat berseri di atas pentas, sebab dia tahu mummy sedang mengandung.

    Dalam pada itu, ketika disoal tentang jantina kandungan, pelawak dan usahawan tersebut bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi mengenainya.

    Sekarang saya tak kisah, janji bayi sihat, itu sudah memadai buat kami berdua.

    Sekadar info, sekitar Mei lalu, Watie mengesahkan dirinya mengalami keguguran zuriat yang pertama.

    Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023. 

    Sebelum ini, Shuib mempunyai empat orang anak hasil perkahwinannya bersama arwah isteri, penyanyi Siti Sarah Raissuddin iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.

    The post [VIDEO] ‘Alhamdulillah, Isteri Saya Kini Sudah Hamil Lima Bulan’ – Shuib first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah