27.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Adam Lee Nafi Ada Masalah Dengan Janna Nick – ‘Kami Sudah Lama Tak Berhubung’

    Shopee Sale

    Pelakon Adam Lee memberikan respon dakwaan hubungan kekeluargaan dengan sepupu yang juga aktres iaitu Janna Nick kini dilihat tidak lagi akrab.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Percaya Allah Sedang Atur’ – Adam Lee

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Janna Nick & Dini Schatzmann Pindah Masuk Rumah, Kos Sewa Dianggar Lebih RM22k Sebulan

    Tiada masalah

    Ketika ditemui , Adam atau nama lengkapnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 31, menjelaskan bahawa hubungan persaudaraan mereka renggang berkemungkinan kerana tuntutan kerja masing-masing.

    Boleh tanya dia sendiri. Saya tidak ada masalah dengan dia. Untuk saya, tak ada masalah. Dia ada suami, saya ada isteri.

    Kami cuma sudah lama tak berhubung, masing-masing sibuk.

    Kalau jumpa kami bertegur sahaja. Masing-masing ada komitmen sendiri, ada benda nak kena buat.

    Kami pernah bertembung sebelum Janna dan Dini ke London. Saya dan Sweet terserempak dengan mereka, kami bertegur juga, tak ada masalah pun.

    Adam berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Festival Filem Malaysia (FFM34), yang berlangsung di Premiera Hotel, Kuala Lumpur pada Isnin.

    MENARIK:  Ira Kazar Kongsi Foto Laksa, Mi Kari & Laicikang, Bergenang Air Mata Curi Perhatian?

    Bukan lupa diri

    View this post on Instagram

    A post shared by Adam Lee (@adm.lee)

    Dalam masa yang sama, pelakon filem Babah itu juga menafikan dakwaan bahawa dia bagai kacang melupakan kulit selepas dikatakan namanya semakin meningkat naik kerana aktres tersebut.

    Tak baik cakap macam tu. Bagi saya tiada istilah itu.

    Saya rasa dalam dunia lakonan, kami sendiri pun tidak pernah berlakon sekali.

    The post [VIDEO] Adam Lee Nafi Ada Masalah Dengan Janna Nick – ‘Kami Sudah Lama Tak Berhubung’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah