27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Uyaina Arshad Kini Bergelar Penerbit – ‘Selalu Depan Kamera, Sekarang Di Belakang Pula’

    Shopee Sale

    Setelah hampir tiga bulan meninggalkan program Wanita Hari Ini (WHI), pengacara dan personaliti televisyen, Uyaina Arshad memaklumkan kini sibuk menjalani tugas sebagai penerbit.

    Artikel Berkaitan: Uyaina Arshad Undur Diri Dari Wanita Hari Ini Selepas 9 Tahun – ‘Tak Ada Sengketa, Sudah Tiba Masanya’

    Artikel Berkaitan: Jadi Bahan Kutukan, Uyaina Arshad Tidak Berdiam Diri – ‘Ini Adalah Buli Siber & Ia Tidak Okay’

    Jadi penerbit

    Menerusi perkongsian di Threads, Uyaina, 32, memaklumkan filem yang bakal diterbitkannya berjudul Ragging – Melawan Bungkam yang diilhamkan daripada kisah benar.

    Saya rasa terpanggil untuk menghasilkan filem ini.

    Rasa gementar tapi sejujurnya keterujaan dalam membentuk sebuah projek ini memang sangat memuaskan!

    Selalunya saya berada di hadapan kamera tapi kali ini di belakang pula.

    Dalam pada itu Uyaina turut mengakui masih banyak perkara yang masih perlu dipelajarinya.

    MENARIK:  Fasha Sandha Dikritik Nampak Lebih Tua Selepas Turun Berat Badan, Enggan Peduli Kata Orang – ‘Yang Penting Diri Ni Sihat’

    Bagaimanapun, bersyukur dengan kehadiran insan sekeliling yang sentiasa memberi bimbingan dan sokongan.

    Mengacara, berlakon dan memperjuangkan isu akan sentiasa menjadi sebahagian daripada diri saya.

    Kini, saya juga terlibat dalam penerbitan dan penulisan skrip. Masih banyak yang saya perlu belajar.

    Sumber: Threads

    The post Uyaina Arshad Kini Bergelar Penerbit – ‘Selalu Depan Kamera, Sekarang Di Belakang Pula’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah