27.1 C
Kuala Lumpur
Friday, October 3, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Solidariti GSF, Orang Ramai Laung ‘Hancur Zi*n*s’ Depan Kedutaan Amerika Syarikat

    Shopee Sale

    Orang ramai berkumpul di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) seawal jam 12 tengah hari Khamis sebagai tanda bantahan terhadap tindakan rejim Zionis yang menyekat misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Bersama Seluruh Keluarga Masih Tidak Mengetahui Keberadaan Serta Keadaan Suami’ – Yatt Hamzah

    ‘Hapus zionis’

    Menerusi beberapa video tular dalam media sosial, orang ramai dilihat melaungkan ‘hapus zionis’ dan ‘hancur Israel’ sambil menbawa bendera Palestin.

    Dilihat juga beberapa individu membawa sepanduk bertulis ‘Stop The Genocide’ dan ‘Israel Amerika Stop Starving Gaza.

    Memetik laporan Sinar Harian, keadaan bertukar sedikit tegang kira-kira jam 1 petang apabila sebahagian peserta bergerak ke tengah jalan raya untuk meluahkan protes.

    Namun, kawalan ketat Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengawal keadaan daripada berlarutan. Himpunan kembali reda selepas hujan lebat melanda ibu negara.

    Turut hadir memantau situasi ialah Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail yang memberi penerangan kepada para peserta.

    Sebelum itu, media melaporkan seramai 201 aktivis dari 36 negara, termasuk 12 rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF ditahan oleh Pasukan Pertahanan Israel (IOF) dalam insiden di perairan antarabangsa awal pagi Khamis.

    MENARIK:  Azri Iskandar Tak Jadi Kahwin, Noora Kay Dedah Tiada Keserasian – ‘Kami Putus Sejak Akhir Mei Lalu’

    Perkara itu disahkan oleh aktivis kemanusiaan Malaysia di Gaza, Nadir Al-Nuri.

    Antara rakyat Malaysia yang dikenal pasti menyertai misi tersebut ialah Musa Nuwayri, Ilya Balqis, Sul Aidil di kapal Alma dan Zizi Kirana di kapal Huga.

    Selain itu, Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli dan Rusydi di kapal Sirius, manakala Danish dan Farah Lee di kapal Grande Blu serta penyanyi Heliza Helmi bersama adiknya, Nur Hazwani Afiqah di kapal Hio.

    Sementara itu, lima lagi peserta dilaporkan terputus hubungan, antaranya pendakwah bebas PU Rahmat, Norhelmi, Mohd Asmawi dan Norazman yang berada di kapal Estrella, serta Ardell yang menaiki kapal Mikeno.

    Susulan perkembangan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rejim Zionis segera membebaskan semua aktivis antarabangsa termasuk sukarelawan Malaysia yang ditahan.

    Menurut Anwar, misi tersebut bersifat kemanusiaan kerana membawa orang awam tidak bersenjata bersama bantuan penting untuk rakyat Gaza, namun malangnya telah dihalang dengan cara yang tidak berperikemanusiaan.

    Sumber: Sinar Harian

    The post Solidariti GSF, Orang Ramai Laung ‘Hancur Zi*n*s’ Depan Kedutaan Amerika Syarikat first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah