Pempengaruh Indonesia, Julia Prastini atau lebih dikenali sebagai Jule akhirnya membuka mulut berhubung dakwaan dirinya berlaku curang meskipun masih bergelar isteri kepada Daehoon.
Artikel Berkaitan: Pempengaruh Berstatus Isteri Orang Kantoi Curang, Foto & Video Mesra Dengan Skandal Tersebar?
Artikel Berkaitan: Isteri Kantoi Curang, Pempengaruh Minta Rahsiakan Daripada Anak – ‘Beri Waktu, Saya Akan Kembali Tersenyum’
Jule mohon maaf

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Julia memuat naik satu kenyataan memohon maaf atas kemelut yang melanda kehidupan peribadinya baru-baru ini.
Dalam kenyataan tersebut, Jule memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yang terkesan, terutamanya keluarga terdekat.
Dari lubuk hati yang paling dalam, saya ingin memohon maaf kepada kedua ibu bapa saya, Daehoon, anak-anak saya iaitu Junho, Eunho dan Jena, seluruh keluarga besar, rakan-rakan serta jenama yang terlibat kerana telah mengecewakan dan menimbulkan rasa tidak selesa.
Saya juga ingin memohon maaf kepada semua pihak dan individu yang selama ini telah memberikan sokongan kepada saya.
Dalam pada itu, Julia juga sedar bahawa isu yang hangat diperkatakan baru-baru ini telah memberi kesan buruk kepada banyak pihak.
Saya sedar akhir-akhir ini banyak hal yang beredar tentang kehidupan peribadi saya. Saya tidak mahu mengelak atau membenarkan diri, saya sedar bahawa masalah peribadi saya sudah berdampak ke banyak pihak.
Dalam hantaran sama, pempengaruh itu turut menegaskan bahawa kemelut yang berlaku adalah kesilapan dirinya sendiri dan tiada kaitan dengan individu lain atau mana-mana pihak.
Permasalahan ini murni urusan dan kesalahan saya, sama sekali tidak ada hubungan dengan orang-orang terdekat saya mahupun jenama atau pihak yang bekerjasama dengan saya.
Saya merayu kepada rakan-rakan agar tidak mengganggu atau mengecam orang terdekat dan rakan-rakan saya, begitu juga dengan jenama atau pihak yang pernah menggunakan foto atau video bersama saya.
Sementara itu, Julia meluahkan rasa kesal dengan apa yang berlaku dan berjanji akan memperbaiki diri serta menjadikan insiden itu sebagai pengajaran.
Terima kasih untuk semua yang masih mahu memberi sokongan dan kesempatan. Semoga pada masa akan datang saya boleh jadi lebih baik dan kembali mendapat kepercayaan.
Saya sedar bahawa saya telah mengecewakan ramai orang, dan saya benar-benar menyesal atas kesilapan yang telah berlaku.
Saya tahu kepercayaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dibina, namun saya berjanji akan memperbaiki diri dan menjadikan perkara ini sebagai pengajaran berharga agar tidak berulang lagi.
Sebelum ini, tular beberapa foto dan video mesra yang didakwa mirip Jule dengan seorang jejaka. Lebih mengejutkan apabila turut tersebar aksi pasangan ini berciuman dan meluangkan masa bersama di sebuah bilik.
Menerusi tinjauan , Jule kini dilaporkan telah menutup ruangan komen akaun media sosialnya susulan namanya menjadi topik hangat netizen selepas didakwa berlaku curang meskipun masih berstatus isteri orang.
Untuk rekod, Jule dan Daehoon mendirikan rumah tangga pada 31 Julai 2021 selepas sembilan bulan menjalinkan hubungan serius. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Sumber: Instagram Jule
The post ‘Saya Telah Mengecewakan Banyak Pihak, Saya Menyesal’ – Pempengaruh Mohon Maaf Isu Curang first appeared on OHBULAN!.





