Pelakon, Beego berkongsi momen ketika dia meluangkan masa bersama anak-anak di sebuah pusat membeli-belah.
Artikel Berkaitan: Beego Kesal Dengan Kenyataan Linda Hashim – ‘Kalau Isteri, Mana Boleh Keluar Rumah 9 Bulan Tanpa Izin’
Artikel Berkaitan: ‘Dia Akan Mangga Pintu Rumah Dari Luar’ – Linda Hashim Dakwa Jadi Mangsa Pukul, ‘Warning’ Beego Henti Provoke
Luang masa
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, kelihatan ketiga-tiga cahaya mata Beego sedang menikmati ais krim sambil membeli-belah.
Dalam masa yang sama, Beego atau nama sebenarnya Aszerul Nizam Abdullah, 45, menafikan dakwaan bahawa anak-anaknya mengalami trauma disebabkan dirinya.
Anak-anak happy je keluar dengan daddy. Tak ada pun trauma.
Teguran anak

Bagaimanapun, hantaran tersebut telah mengundang rasa kurang senang terhadap anak sulung Beego iaitu Jelita Clarissa.
Jelita yang kini sudah bertudung menegur Beego kerana memuat naik video lama.
Daddy! Jelita tak pakai tudung la kenapa daddy expose sekarang? Itukan video dulu.
Beego kemudian dilihat meminta maaf kepada anaknya itu kerana memuat naik video tersebut.
Sorry, ini video baru juga. Jelita baru je pakai tudung bukan?
Jelita pakai tudung dan terus istiqamah okay, semoga Allah lindungi Jelita dengan rahmatNya.
Sayang awak selalu.
Terdahulu, Beego tidak hadir bagi proses mendengar laporan JKP pada Selasa kerana kurang sihat.
Aktres yang juga isteri kepada Beego, Linda Hashim tidak pulang ke rumah selama sembilan bulan kerana mendakwa dia takut dikasari aktor itu selain anak-anak juga trauma melihat insiden keganasan rumah tangga mereka sebelum ini.
Sekadar info, Linda memfailkan cerai terhadap Beego dengan alasan mereka sudah tiada persefahaman awal Januari lalu.
Sebelum itu, pada 27 Mac 2023, pasangan ini bercerai talak satu sebelum sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023.
Linda turut mendedahkan mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk namun kembali bersama tidak lama selepas itu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia yang kini berusia enam tahun.
Sumber: TikTok Beego
The post ‘Saya Tak Pakai Tudung, Kenapa Daddy Expose Sekarang?’ – Anak Tegur Beego ‘Upload’ Video Lama first appeared on OHBULAN!.