27.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 24, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Tak Nak Komen Pasal Rujuk, Agak Privasi & Bimbang Akan Disalah Tafsir’ – Afreena Suhaimi

    Shopee Sale



    Isteri kepada pelakon dan pelawak Along Cham menyangkal dakwaan wujudnya lafaz rujuk seperti yang didakwa suaminya sebelum ini.

    Enggan ulas

    Afreena, 33, berkata isu lafaz rujuk yang didakwa ketika prosiding kes pengesahan lafaz cerai taklik tidak dibangkitkan dalam mahkamah.

    Enggan mengulas, Afreena kata ia terlalu sulit serta peribadi untuk dikongsi dan menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan.

    Berkenaan rujuk saya tak nak komen kerana agak privasi dan bimbang akan disalah tafsir.
    Tidak kiralah rujuk lisan atau batin, biar mahkamah yang membuat keputusan.

    Pada prosiding sebelum ini pun saya tak pernah cakap apa-apa fasal rujuk batin atau lisan. Semuanya keluar daripada mulut plaintif (Along).

    Afreena berkata demikian selepas selesai kes prosiding lafaz cerai taklik di Mahkamah Rendah Syariah Sepang hari ini.

    Fakta baru

    Ketika ditanya sama ada penafian itu dibuat kerana sengaja mahu melengahkan proses perceraian, peguam syarie yang mewakili Afreena, Mohamad Iezwan Ielias berkata, penangguhan itu berpunca daripada fakta baharu yang dikemukakan plaintif hari ini.

    Sebelum ini Along tidak pernah menyatakan wujudnya rujuk lisan. Malah dalam dokumen kes pun tidak dinyatakan mengenai perkara itu.

    Tapi bila mereka kemukakan fakta baharu (wujud lafaz rujuk secara lisan) ini menyebabkan kes menjadi panjang.

    Jadi tindakan seterusnya adalah kami akan buat secara bertulis supaya mahkamah ada rekod dan proses hari ini hanya berjalan sebahagian memandangkan terdapat banyak kes di mahkamah termasuk kekangan masa.

    Mahkamah sebelum ini menetapkan tarikh 1 dan 3 Julai sebagai sambungan kes pengesahan lafaz taklik yang difailkan Along sebagai plaintif.

    MENARIK:  [VIDEO] Shuib Mengisyaratkan Bahawa Beliau Akan Kembali Dalam Program Sepahtu Reunion – ‘Itulah Karya Terbaik Saya’

    Pada pagi tadi, Along hadir ke mahkamah bersama peguam syarie, Muhammad Akmal Amzan di samping ibunya, Siti Habsah sekitar jam 11 pagi tadi.

    Difahamkan, kes pengesahan lafaz cerai taklik itu sepatutnya didengar pada 10 Mac lalu bagaimanapun ditangguhkan selepas mahkamah mendapati wujud kekeliruan dokumentasi.

    Untuk rekod, Along mendirikan rumah tangga dengan Afreena pada 4 April 2024.

    Sebelum itu, Along pernah berkahwin dengan bekas peserta Akademi Fantasia iaitu Zila Seeron pada Januari 2010 sebelum bercerai pada Ogos 2016.

    Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Ahmad Daniel, 14.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah