Anggota kumpulan Dolla, Sabronzo didakwa sudah melangsungkan perkahwinan dengan deejay terkenal, Dash Berlin di Bali, Indonesia.
Artikel Berkaitan: Sabronzo Kunci Mulut Dakwaan Sedang Hangat Bercinta, Enggan Terlalu Kongsi Kisah Peribadi
Selamat bernikah?

Foto perkahwinan Sabronzo, 30, dan Dash Berlin mula tular di Threads selepas dikongsikan netizen.
Berdasarkan foto tersebut, Sabronzo dan Dash Berlin kelihatan menggayakan gaun serba putih.
Bagaimanapun, tidak dipastikan tarikh pernikahan pasangan tersebut.
Terdahulu, Sabronzo tidak menolak sekiranya ditakdirkan berumah tangga pada usianya sekarang.
Kata Sabronzo, dia juga menginginkan keseimbangan hidup dengan memiliki suami dan anak.
The post Sabronzo Dolla & Deejay Dash Berlin Sah Nikah? first appeared on OHBULAN!.