27.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 24, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Prank Syeriv Kata Nak Cuci Saja’ – Syatilla Melvin Lega Anak Sulung Selesai Bersunat

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin berkongsi momen anak sulungnya, Syeriv yang telah selamat menjalani proses bersunat di sebuah hospital swasta.

    Artikel Berkaitan: Syatilla Melvin Mahu Anak-Anak Seronok Nikmati Fasa Membesar – ‘Mereka Nak Main Hujan, Lumpur, Tanah Saya Bagi’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syatilla Melvin Kongsi Reaksi Teruja Anak-Anak Tengok Kaabah Pertama Kali – ‘Selalu Tengok Dalam TV Saja’

    Syeriv dah sunat

    View this post on Instagram

    A post shared by Syatilla Melvin (@samtilla)

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Syatilla, atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 34, meluahkan rasa syukur kerana proses berkhatan berjalan lancar.

    Dalam pada itu, Syatilla turut mengucapkan terima kasih pada doktor kerana pakar menguruskan anaknya.

    Syeriv dah sunat.

    Alhamdulillah lega saya. Saya prank, kata nak datang cuci saja.

    Dah habis baru tanya, dah potong ke?

    Terima kasih Dr Razak Mohammed sebab baik dengan anak saya.

    Semoga Allah selalu mudahkan urusan doktor dunia dan akhirat.

    Dalam pada itu, Syatilla sempat berkongsi keadaan Syeriv yang menangis kerana enggan menjadi yang pertama disunatkan antara rakan-rakannya.

    MENARIK:  [VIDEO] Tunku Azizah Nasihat Pelajar Ambil Iktibar Kes Buli Di UPNM – ‘Sia-Sia Masuk Universiti Lepas Itu Ke Tali Gantung’

    Anak Sam & Tilla dah besar

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat anak sulung Sam dan Syatilla yang membesar dengan cepat. Selain itu, kebanyakan warganet bersetuju dengan kepakaran Doktor Razak mengawal emosi kanak-kanak semasa menjalani proses rawatan.

    Sumner: Instagram @Samtilla

    The post ‘Prank Syeriv Kata Nak Cuci Saja’ – Syatilla Melvin Lega Anak Sulung Selesai Bersunat first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah