Pelakon dan pelawak, Joey Daud tampil memberi respon selepas penampilan isterinya, Watie di pentas konsert Elite baru-baru ini menjadi perbualan hangat netizen apabila ramai yang mempertikaikan busana digayakan tidak sesuai dengan usianya.
Artikel Berkaitan: Joey Daud Dakwa Pernah Disihir Peserta Program Lawak, Lumpuh Separuh Badan
Artikel Berkaitan: Joey Daud Kembali Dengan Lagu ‘Wamwamsam’ Selepas 30 Tahun – ‘Kalau Tak Boleh Go Mungkin Ini Terakhir’
Penampilan Watie dikecam?

Mengulas mengenai perkara itu, Joey atau nama lengkapnya Zulkifli Daud menjelaskan bahawa pemilihan pakaian adalah kemungkinan sebahagian daripada tuntutan persembahan dan kehendak penaja.
Itu adalah show, rancangan hiburan. Mungkin kehendak sponsor dan kehendak produksi itu sendiri. Saya rasa bukanlah sampai mencolok mata sangat. Dia masih menutup, pakai dengan skirt.
Tapi orang tetap ada pandangan masing-masing dan kita tak boleh halang.
Joey berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media Muzikal Lawak Superstar Musim Ke-5, yang berlangsung di Saloma Kuala Lumpur, pada Selasa.
Dalam pada itu, Joey berpendapat komen negatif yang dilemparkan hanya mencerminkan sikap segelintir pihak yang lebih cenderung mencari kesalahan berbanding menghargai usaha keras seorang artis di pentas persembahan.
Sebab itu kita semakin ramai ‘juri tidak bertauliah’. Sayanglah industri kalau asyik nak cari salah. Bagaimana nak berkembang?
Cuma ada bagusnya juga, sekurang-kurangnya kita lebih bersedia dan aware. Kita public figure, memang tak boleh lari daripada pandangan orang.
Watie menangis gembira dapat jayakan konsert

Bercerita mengenai keadaan isterinya selepas menjayakan konsert, Joey mendedahkan Watie menangis kegembiraan dan bersyukur kerana dapat merealisasikan impian lama untuk kembali bersama kumpulan Elite di pentas besar.
Dia banyak menangis gembira sebab impian nak sangat rasa satu konsert besar akhirnya tercapai. Saya tahu dia penat, habis shooting terus berlatih.
Tapi dia kata ini peluang yang mungkin tak datang lagi. Dia nak buktikan Elite masih relevan dan jadikan persembahan itu sebagai hadiah untuk peminat.
Terdahulu, Watie menerima pelbagai kecaman daripada warganet yang mendakwa pemakaiannya pada malam konsert tersebut kurang sopan dan tidak sesuai dengan statusnya sebagai seorang isteri dan ibu yang kini mencecah usia 49 tahun.
The post ‘Pakaian Watie Bukanlah Mencolok Mata Sangat, Dia Masih Menutup’ – Joey Daud first appeared on OHBULAN!.