Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona, berkongsi pengalaman melucukan ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pagi Isnin.
Artikel Berkaitan: ‘Hi Ryan, I Can Drive Now!’- Leona Selamba Lalu Depan Rumah Bekas Kekasih
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Leona Spontan Nyanyi Lagu ‘Cicak’ Bikin Netizen Geli Hati – ‘Sampai Dah Terlupa Lirik Asal’
Sempat tukar flight lepas 5 jam

Menerusi Instagram Stories, Leona menyatakan dia keluar rumah seawal jam 7 pagi untuk menaiki penerbangan pada jam 11 pagi.
Namun, disebabkan penutupan jalan sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47, dia tiba di lapangan terbang pada jam 12 tengah hari.
Saya keluar rumah jam 7 pagi untuk penerbangan jam 11 pagi, tapi saya sampai ke lapangan terbang jam 12 tengah hari disebabkan semua jalan ditutup.
Leona sempat berkongsi bahawa dia tertidur 45 minit dalam kereta, namun apabila terjaga, masih berada di tempat yang sama.
Saya tertidur 45 minit dan bila buka mata, masih berada di tempat yang sama.
Walaupun begitu, Leona tetap tenang dan bersyukur apabila sempat menukar penerbangan ke jam 2 petang, sambil ‘chilling’ di lounge menunggu masa berlepas.
Leona akui silap sendiri terlepas flight

Dalam hantaran lain, Leona turut mengakui kesilapan sendiri kerana tidak mendengar nasihat ibunya untuk menaiki tren dari KL Sentral.
Mak saya suruh naik tren dari KL Sentral pagi tadi, tapi saya degil dan tak nak. Jadi ini pengajaran untuk saya, dengarlah cakap mak.
Rata-rata peminat terhibur membaca kisah Leona yang bersahaja, malah ramai juga yang bersetuju dengan pesanan yang terakhirnya.
Sekadar info, Kasih Iris Leona adalah anak kepada pelakon senior, Azhar Sulaiman.
Sumber: Instagram
The post Leona Terlepas Penerbangan Gara-Gara Jalan Ditutup, Akui Silap Tak Dengar Nasihat Ibu Suruh Naik ‘Train’ first appeared on OHBULAN!.





