Kakak kepada pempengaruh media sosial, Jasmin Sopeah iaitu Jueliya meluahkan rasa kecewa terhadap bekas adir iparnya.
Artikel Berkaitan: Influencer Jasmin Sopeah Dedah Sudah Lama Berpisah Dengan Suami – ‘Tiada Siapa Yang Mahu Perpisahan’
‘Nak buat jahat. Fikirlah anak ni’

Dalam satu hantaran yang dikongsikan di Instagram Story, Jueliya menegur sikap tidak bertanggungjawab lelaki tersebut yang didakwa langsung tidak mengambil tahu tentang keadaan anaknya, walaupun si kecil itu sedang sakit.
Nak buat jahat. Fikirlah anak ni, kau ada anak. Budak ni sakit kau takde datang pun. Apa jadi kat budak ni kau tak ambik tau sikit pun.
Jadi lelaki bukan sperm je kena kualiti. Harga diri, maruah & tanggungjawab pun kena berkualiti.
Menerusi hantaran yang sama, Jueliya turut mendoakan agar anak buahnya itu akan disayangi sepenuh hati oleh bapa baharunya kelak.
I love you faleeq. Macuee doakan supaya bapa baru Faleeq sayangkan Faleeq lebih dari segala apa pun.
Kalau ada orang ejek Faleeq lagi, takpe. Jelita ada okay.
Sementara itu, Jasmin turut memberikan respon terhadap luahan kakaknya dan mengakui dia reda dengan apa yang berlaku.
Malah dia kini sudah bersedia memainkan peranan sebagai ibu dan ayah kepada Faleeq.
Its okay kakak, Allah dah atur semuanya. Dari sini kita boleh nilai dia macam mana. I dont care anymore apa nak jadi lepas ni, pada aku. Aku lah ayah aku lah mak dekat anak aku.
Imbas kembali, Jasmin dan Fakha mendirikan rumah tangga pada Mei 2022. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Faleeq.
Namun pada 2024, pasangan ini membuat keputusan untuk bercerai.
Sumber: Instagram Jasmin Sopeah
The post Kakak Jasmin Sopeah Tempelak Bekas Adik Ipar? – ‘Jadi Lelaki Bukan Sperm Je Kualiti Tapi Maruah, Tanggungjawab Pun Kena Berkualiti’ first appeared on OHBULAN!.





