Seorang wanita yang sebelum ini bertindak menerjah suaminya menemani seorang wanita lain sedang mengambil ubat di sebuah klinik kesihatan memilih untuk melupakan insiden tersebut.
Artikel Berkaitan: Pantun Nafiz Muaz Curi Perhatian – ‘Dia Sendiri Yang Curang, Lepas Itu Acah Tersakiti’
Mohon maaf

Wanita yang dikenali sebagai Iffah Mazzlan mengakui tindakannya memuat naik rakaman video kejadian itu di media sosial adalah satu kesilapan kerana perkara tersebut sepatutnya kekal sebagai urusan peribadi keluarga.
Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak atas keterlanjuran saya kerana telah berkongsi sesuatu yang sepatutnya menjadi urusan peribadi keluarga.
Saya akui tindakan saya itu lebih dipengaruhi oleh emosi dan perasaan marah yang sukar dikawal pada waktu tersebut.
Iffah berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada Ahad.
Dalam perkongsian sama, Iffah turut memohon jasa baik semua pihak supaya berhenti menyebarkan video tersebut.
Saya juga memohon jasa baik semua yang telah menerima, menonton atau berkongsi semula video berkenaan supaya menghentikan penyebaran.
Hal ini bukan sahaja melibatkan aib diri saya dan pasangan, malah memberi kesan kepada anak-anak dan keluarga besar kami.
Tambah Iffah, dia kini sedang berusaha menyelesaikan isu tersebut secara profesional bersama pihak yang terlibat.
Saya kini sedang berusaha menyelesaikan isu ini melalui saluran yang betul. Saya amat berharap agar orang ramai menghormati ruang peribadi saya, memberi sokongan dan mendoakan urusan saya dipermudahkan.
Terdahulu, kecoh di TikTok apabila tular rakaman kejadian di sebuah klinik kesihatan memaparkan seorang wanita bertindak menerjah suaminya ketika sedang menemani seorang wanita lain mengambil ubat.
Menerusi video yang dimuat naik, pasangan berkenaan pada awalnya tidak menyedari gelagat mereka dirakam. Lebih mencuri perhatian apabila si lelaki dilihat cuba memaut bahu wanita tersebut dengan mesra.
Namun, raut wajah kedua-duanya jelas berubah terkejut selepas ‘kantoi’ dirakam. Si lelaki pantas melepaskan pautan tangannya sambil kamera terus merakam detik tersebut hingga mengundang pelbagai reaksi netizen.
Sumber: Instagram
The post Isteri Mahu Selesai Isu Suami Kantoi Curang Di Klinik Kesihatan Secara Peribadi – ‘Tindakan Saya Dipengaruhi Emosi, Libat Aib Keluarga’ first appeared on OHBULAN!.