Dalam usaha mendekatkan diri dengan pembaca setia selain mengangkat warisan tempatan, Harian Metro bakal menganjurkan acara larian santai bertemakan ‘Batik Run Harian Metro 2025’.
Artikel Berkaitan: Anak Lelaki Rita Rudaini Pecah Rekod Lagi! Kali Ini Dalam Acara Larian 200m Kejohanan Olahraga MSSD
Artikel Berkaitan: Pelari Maraton Lari Dengan Baju Melayu, Pecah Rekod ‘Guinness World Records’
Tema batik
View this post on Instagram
Menurut Pengurus Besar Jabatan Pengedaran (PTSB), Prakash Munusamy, pemilihan tema batik semestinya memberikan kelainan pada acara tersebut yang bertujuaan untuk menyemai gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
Dalam masa yang sama, fun run ini secara tidak langsung dapat memupuk rasa bangga dengan keseniaan warisan tempatan.
Biasanya orang tak kaitkan batik dengan aktiviti fizikal seperti larian. Tapi kami nak ubah persepsi itu.
Kita bawa elemen batik ke pentas sukan ringan macam fun run ini.
Dulu kita ada banyak acara di bawah jenama Arena Metro. Sekarang ini kita nak hidupkan kembali semangat itu tapi dengan pendekatan yang lebih santai dan mesra keluarga.
Bayaran murah

Lebih menarik, bayaran penyertaan dikenakan hanyalah serendah RM45 bagi setiap peserta.
Bagi yang mendaftar, mereka akan menerima perlindungan insurans, selain t-shirt bertemakan batik, pingat penyertaan, e-sijil, minuman tenaga secara percuma sepanjang larian serta beg cenderamata.
Kita nak peserta rasa berbaloi. Walaupun bayaran murah, kita sediakan pengalaman yang lengkap dan menyeronokkan. Konsepnya mudah, datang sekejap, beriadah dan luangkan masa dengan keluarga
Jangan ketinggalan untuk menyertai program ini yang bakal berlangsung pada 29 Jun di Dataran DBKL, Kuala Lumpur.
Bagi anda yang berminat boleh layari www.ticket2U.com.my untuk mendaftar. Harian Metro menganggarkan seramai 1,000 hingga 1,500 peserta akan menyertai larian santai bersama keluarga.
The post Harian Metro Anjur Batik Run, Suntik Kesenian & Kekal Aktif first appeared on OHBULAN!.