Pelakon Datuk Hilal Azman berkongsi pengalaman mencemaskan apabila hampir pengsan ketika menjalani penggambaran filem Memori di Pulau Duyung, Terengganu.
Hampir pengsan

Ketika ditemui , Hilal atau nama penuhnya Nor Hilal Abdullah, 65, memaklumkan bahawa keadaan kesihatannya pada ketika itu membuatkan pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menasihatinya agar tidak meneruskan penggambaran babak berkenaan.
Pengalaman itu memang menakutkan. Sampai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), tidak benarkan saya berlakon adegan di pulau itu.
JPAM suruh saya rehat dan balik. Saya kata tak boleh kerana boleh menyukarkan produksi dan menjejaskan keseluruhan filem.
Jelasnya lagi, kemungkinan faktor cuaca panas dan keadaan dirinya yang sudah kepenatan menjadi punca utama kejadian tersebut.
Ketika penggambaran cuaca panas, ditambah penat. Budak yang saya dukung pula berat dan saya perlu berlari atas pasir pantai yang banyak batu karang (coral) tanpa pakai kasut.
Kawasan itu pula adalah pusat penternakan coral. Jadi, memang sakit kalau terpijak. Tapi saya berlari juga dan menahan rasa sakit.
Apabila ditanya mengenai keputusannya untuk terlibat dalam naskhah ini, Hilal berkata salah satu sebab adalah untuk mencari rezeki buat keluarga.
Kalau ditanya kenapa saya berminat buat filem ini, sejujurnya rendah hati saya katakan saya mencari rezeki untuk keluarga, isteri dan anak-anak. Itu puncanya saya mahu buat yang terbaik dalam setiap tugasan.
Bukan kerana nak dapat anugerah dan sebagainya. Tapi kalau diberikan pengiktirafan, alhamdulillah. Jadi ini menjadi satu amanah buat saya.
Sekadar info, Datuk Hilal Azman berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila meraih anugerah Pelakon Terbaik Asia Pasifik pada Februari lalu menerusi filem Memori.
The post Hampir Pengsan Di Set Filem Memori, Hilal Azman Nekad Teruskan Penggambaran – ‘Cuaca Panas, Saya Keletihan’ first appeared on OHBULAN!.