27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Halang Isteri Curang Dengan Adik Ipar, Lelaki Maut Dipukul

    Shopee Sale

    Seorang lelaki ditemukan mati di sebuah ladang di Kampung Bhairwa, Jaisalmer, selepas dipercayai dibunuh oleh isteri dan adik kandungnya.

    Kantoi jalin hubungan sulit

    Mangsa yang dikenali sebagai Hardan Ram, 50, didakwa telah menjadi mangsa pembunuhan kejam selepas menghalang hubungan terlarang antara isterinya, Yashoda, 27, dan adiknya sendiri, Kaluram (adik Hardan).

    Menurut laporan NDTV, Yashoda difahamkan telah lama tinggal bersama Kaluram dan mereka didakwa menjalinkan hubungan sulit selama lebih setahun.

    MENARIK:  Jungkook & V BTS Saman Youtuber Terkenal, Tuntut Ganti Rugi Cecah RM295k

    Pada Ahad lalu, Hardan yang baru tiba dari Barmer dikatakan bertengkar dengan pasangan terbabit. Pertelingkahan itu berakhir apabila Yashoda dan Kaluram dipercayai memukul Hardan sehingga maut, sebelum mayatnya dibuang di kawasan ladang.

    Susulan daripada penemuan mayat tersebut, kedua-dua suspek telah ditahan dan sedang disoal siasat oleh pihak polis.

    Sumber: NDTV

    The post Halang Isteri Curang Dengan Adik Ipar, Lelaki Maut Dipukul first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah