28.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 29, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Grab Buat Ramai Terpukau Dengan Sambutan Gempak Sempena ASEAN Summit!

    Shopee Sale

    Beberapa hari ni, media sosial kecoh dengan satu video Grab yang tunjuk KLCC dan kawasan sekitarnya diserikan dengan paparan digital menyambut ketibaan pemimpin ASEAN. 

    Siap ada helicopter dan bangunan ikonik dihiasi mesej “Welcome ASEAN Leaders”! 

    Fuhh! Memang nampak luar biasa seiring dengan semangat Grab yang ‘go big’ meraikan kebersamaan serantau sempena Malaysia menjadi tuan rumah ASEAN Summit tahun ni.

    Paparan digital Grab di sekitar KLCC & Bukit Bintang juga tarik perhatian ramai

    Bukan setakat dalam video je, Grab memang turun padang meraikan semangat kebersamaan ASEAN ni dengan cara tersendiri untuk menyampaikan mesej sambutan untuk para pemimpin ASEAN.

    Semua ni jadi simbolik kepada bagaimana Grab bukan sekadar aplikasi, tapi juga jenama yang menyatukan komuniti serantau dari Malaysia ke seluruh Asia Tenggara. 

    View this post on Instagram

    A post shared by Grab Malaysia (@grabmy)

    Grab tunjuk sokongan besar-besaran untuk ASEAN Summit di tengah bandar!

    Kalau korang jalan sekitar KL City Center baru-baru ni, mesti perasan kan iklan dan paparan Grab dekat Bukit Bintang, terowong KLCC Convex, sampai ke airport pun ada? Memang betul-betul all out sambut ASEAN Summit kali ni.

    Dari digital billboard besar sampai ke dreamboard di KLIA, mesej Grab jelas Malaysia tengah bersinar, dan Grab bangga jadi sebahagian darinya.

    Pehhh! Nampak megah dan penuh semangat tau!

    Jelajah ASEAN bersama pemandu Grab, semangat serantau yang hidup!

    Bukan tu je, kalau korang nak tahu, lagi satu cara Grab meraikan semangat ASEAN ni adalah dengan melalui kolaborasi dengan KS Lagi, Grab hadir dengan siri istimewa 3 episod, “Rakan Grab Jelajah ASEAN” yang menampilkan Shahril Hamdan dan 3 Rakan Grab dalam misi menjelajah tiga negara serantau: Indonesia, Thailand dan Vietnam. 

    MENARIK:  Siti Nurhaliza Umum Konsert Berskala Besar! Kembali Ke Stadium Nasional Bukit Jalil Selepas 21 Tahun

    Dalam episod pertama, kita akan dibawa ke Bali, Indonesia, untuk tengok sendiri macam mana pemandu Grab di sana jadi sebahagian daripada nadi harian komuniti tempatan. 

    Menariknya, setiap episod selepas ni pula akan bawakan kisah berbeza dari Danang dan Bangkok, tunjukkan bagaimana semangat ASEAN tu terus hidup di seluruh Asia Tenggara.

    Dari kisah mereka, jelas satu perkara tak kira di mana pun kita berada, semangat saling bantu dan saling maju tu tetap sama.

    Grab juga menyatukan ASEAN dalam satu aplikasi

    Sebagai superapp serantau, Grab bukan sekadar aplikasi untuk naik ride atau order makanan tapi sebahagian daripada kehidupan harian berjuta rakyat ASEAN.

    Di Malaysia, Grab membantu pengguna bergerak, berbelanja, dan menjana pendapatan dengan lebih mudah dan selamat.

    Melalui inisiatif #GrabBersamaASEAN, Grab menunjukkan sokongan padu terhadap Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025  yang berlangsung di Malaysia tahun ni. 

    Ia bukan sekadar paparan visual semata, tapi lambang semangat kebersamaan serantau di mana setiap negara ASEAN bersatu untuk maju bersama.

    Nak tengok sendiri semangat tu? Jom layan siri “KS Lagi Rakan Grab Jelajah ASEAN” sekarang!

    Kalau korang nak rasa sendiri vibe kebersamaan ni, jangan lupa untuk tonton episod pertama dan kedua “KS Lagi Rakan Grab Jelajah ASEAN” bersama Shahril Hamdan di SINI.

    Siapa tahu, lepas tengok nanti baru korang percaya Grab bukan biasa-biasa bila bab menyatukan ASEAN!

    The post Grab Buat Ramai Terpukau Dengan Sambutan Gempak Sempena ASEAN Summit! first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah