30.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 5, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fazura Tangguh Post Video Hadiah ‘Birthday’ Fatima, Hormat Isu GSF & Rakyat Gaza

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan, Nur Fazura menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan ucapan serta mengirim hadiah kepada anaknya, Nur Fatima Aisya yang menyambut ulang tahun kelahiran kelima pada 2 Oktober lalu.

    Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Kepada Semua Di Luar Sana Yang Sentiasa Mendoakan Saya & Fatima’ – Fazura

    Hadiah Fatima

    Menerusi perkongsian di platform Threads, Fazura, 41, meluahkan rasa syukur atas kasih sayang yang ditunjukkan peminat dan rakan-rakan terhadap anak tunggalnya.

    Saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala kasih sayang, ucapan, doa serta hadiah yang diberikan sempena hari lahir puteri saya, Fatima.

    Saya amat menghargai setiap seorang daripada anda yang berhati mulia serta pemurah.

    Fazura memberitahu, dia telah merakam video semua hadiah yang diterima namun memilih untuk tidak memuat naik dalam media sosial buat masa sekarang.

    Keputusan itu dibuat sebagai tanda hormat kepada situasi getir yang sedang dihadapi aktivis kemanusiaan dan rakyat Palestin berhubung misi Global Sumud Flotilla (GSF).

    Saya telah merakamkan hadiah-hadiah tersebut, namun mohon maaf kerana memilih untuk memuat naiknya sedikit lewat.

    Saya merasakan sekarang kurang sesuai dan agak tidak elok untuk dikongsikan pada waktu sukar ini. Dengan penuh kasih sayang, segala perhatian kini tertumpu kepada Global Sumud Flotilla dan Gaza.

    Sikap Fazura terhadap isu kemanusiaan ini mendapat pujian ramai peminat yang menganggapnya sebagai contoh selebriti yang sensitif terhadap keadaan dunia.

    MENARIK:  [VIDEO] Shukri Yahaya Titip Semangat Kepada Fadhlan Hazim – ‘Teruskan Berjuang, Awak Pelakon Rare’

    Untuk rekod, Fatima merupakan anak hasil perkahwinan Fazura dengan bekas suami, aktor Fattah Amin.

    Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, namun disahkan bercerai pada 14 Jun tahun lalu.

    Sumber: Threads

    The post Fazura Tangguh Post Video Hadiah ‘Birthday’ Fatima, Hormat Isu GSF & Rakyat Gaza first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah