Penyanyi, Aisha Retno mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya selepas rebah akibat keletihan ketika menjayakan penggambaran video muzik di Jakarta, Indonesia, pada Isnin.
Artikel Berkaitan: Aisha Retno Baru Putus Cinta, Serik Nak Ada Hubungan Istimewa – ‘Sukar Cari Seseorang Yang Faham Kerja Saya’
Artikel Berkaitan: Nama Lebih Dikenali Berbanding Juara & Naib Juara, Aisha Retno Anggap Rezeki Sudah Tertulis – ‘Jaga Hubungan Dengan Peminat Juga Penting’
Doktor suruh rehat

Menerusi hantaran di Instagram, Aisha atau nama lengkap Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam juga memohon maaf kerana tidak dapat menjawab panggilan telefon dan membalas mesej pihak yang ingin mengetahui keadaan terkininya.
Terima kasih kepada semua kerana mendoakan dan memahami keadaan saya ketika ini. Saya akan kembali ke Kuala Lumpur.
Saya juga mahu memohon maaf kepada yang mencari saya. Saya telah dimasukkan ke hospital di Jakarta.
Sementara itu, Perhubungan Awam (PR) yang mewakili Aisha Retno Entertainment iaitu Asraf Aided memaklumkan doktor menasihati penyanyi berusia 25 tahun itu untuk mendapatkan rehat yang cukup.
Alhamdulillah, keadaan Aisha bertambah baik, doktor menasihati dia untuk dapatkan rehat yang cukup.
Dia pun sudah tiba di Kuala Lumpur malam Selasa dan sedang berehat seperti dinasihatkan doktor.
Terdahulu, Aisha rebah ketika menjalani penggambaran video muzik lagu terbaharunya di Jakarta, Indonesia.
Penyanyi berusia 25 tahun itu kemudian dikejarkan ke Rumah Sakit Umum Daerah (Hospital) Labuan Sinergi untuk mendapatkan rawatan.
The post Doktor Nasihat Aisha Retno Cukup Rehat first appeared on OHBULAN!.