Seorang wanita berkongsi di media sosial miliknya tentang kesusahan hidup yang dialami bersama suami tercinta.
Artikel Berkaitan: Tiga Hari Berlapar, Pelajar Tinggalkan Nota Terpaksa Pinjam Duit Tabung Masjid – ‘Saya Ambil RM7.65’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Tunggal & Anak Cekal Berniaga Burger Selepas Kematian Suami – ‘Kalau Cuti, Adik-Adik Nak Sekolah Ada Duit Ke?’
Kepayahan hidup

Menerusi perkongsian di Threads, wanita tersebut merakam video suaminya yang dilihat sedang mengira duit syiling.
Menurut wanita itu, wang tersebut akan digunakan untuk membeli makanan dan barang keperluan keluarga mereka.
Pagi-pagi suami kira duit syiling. Saya tanya suami nak buat apa duit syiling.
Suami kata nak beli susu, lampin dan lauk untuk bagi anak makan.
Paling menyayat hati, suami wanita tersebut merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan juga pesakit kanser.
Sedihnya saya tengok suami, semalam dia baru balik dari hospital, sebab ada rawatan kimoterapi.
Suami saya ada kanser dan OKU. Doakan keluarga kuat dan doakan suami saya sembuh.
Ramai yang membantu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati terhadap pasangan itu.
Dalam masa yang sama, warganet juga berbesar hati menghulurkan bantuan kepada mereka untuk meringankan beban.
Sumber: Threads
The post ‘Dia OKU & Ada Kanser’ – Isteri Kongsi Video Suami Kira Duit Syiling Untuk Beli Barang Undang Sebak first appeared on OHBULAN!.





