29.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 5, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Datin Shahida Titip Ucapan Hari Jadi, Kongsi Cabaran Jaga Yusoff – ‘Dia Tak Takut Langsung, Bumbung Rumah Pun Dia Panjat’

    Shopee Sale



    Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Sri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida mendedikasikan ucapan sempena hari ulang tahun kelahiran anak lelakinya, Yusoff Al Qardawi.

    Ucapan Datin Shahida buat Yusoff

    Menerusi sebuah entri yang dikongsikan di akaun Instagram, Datin Shahida menitipkan doa agar Yusoff yang kini mencecah usia enam tahun agar menjadi anak yang soleh dan taat akan perintah Allah SWT.

    Semoga yusoff selalu dalam rahmat Allah SWT. Semoga Yusoff selalu sayang mama sampai ke akhir hayat. Mama tetap sayang Yusoff walaupun Yusoff kepochi tak boleh simpan rahsia.

    Dalam pada itu, Datin Shahida akui berdepan banyak cabaran membesarkan anak keempat daripada enam beradik itu. Hal ini kerana, Yusoff disifatkan seorang kanak-kanak yang sangat ektif sehingga pergerakannya sukar dikawal.

    Jaga Yusoff ni banyak cabaran ya, tak semua orang rajin nak kejar dia. Tak reti takut langsung. Bumbung rumah pun dia panjat. Balik sekolah lari terus terjun pool. Semoga Yusoff selalu dalam jagaan Allah SWT.

    Walau bagaimanapun, itu adalah proses yang setiap para ibu akan lalui dalam membesarkan anak-anak untuk menjadi insan yang berguna kelak.

    MENARIK:  Khairul Aming Memastikan Berat Badan Ideal dengan Kawal 'Portion' Makanan Sepanjang Bulan Ramadan

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah