Kalau sebut pasal ayam goreng yang rangup di luar dan juicy di dalam, memang ramai yang terus terbayang satu nama, Muiz Hot Chicken!
Dengan ayam yang disalut rempah khas dan digoreng sempurna sampai setiap gigitan penuh nikmat, tak hairanlah Muiz jadi sebutan rakyat tempatan, dari budak kolej sampai ke mak ayah dan anak-anak.
Fuhh, bau ayam goreng dia pun dah boleh buat perut berdondang sayang! Kini, jenama tempatan yang makin mencanak popular ni sekarang sudah buka cawangan kedua di Parit Raja, Batu Pahat secara rasmi.
View this post on Instagram
Hari pembukaan penuh kejutan & banyak hadiah menarik
Majlis pembukaan cawangan terbaru ni berlangsung meriah pada 17 Mei 2025, dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Farid Bin Kassim, Pegawai Daerah Batu Pahat.
Yang paling syok, pengunjung terawal dapat join aktiviti ‘Spin Wheel’ dan berjaya menang makanan percuma, baucar eksklusif dan barangan limited edition Muiz Hot Chicken. Fuh, memang padu!
Jika korang terlepas hari pembukaan, tidak mengapa kerana ada lagi kempen ‘Cabutan Bertuah, Beli dan Menang’ dari 17 Mei – 16 Jun 2025 ini.
Dengan pembelian minimum RM100 ke atas dalam satu resit, korang terus layak masuk cabutan. Hadiah dia? 5 buah motosikal baru dan pelbagai voucher best. Siapa tak nak weh?
Kids Meal padu untuk si kecil
Tak lupa juga untuk si kecil comel yang suka ikut mak ayah makan kat luar. Muiz Hot Chicken bakal lancarkan Kids Meal bulan Jun ni.
Menunya confirm sesuai dengan tekak budak dan paling best siap ada mainan comel dalam set tu. Senanglah lepas ni nak pujuk anak makan. Anak happy, mak ayah pun tenang.
Dari Muar ke Parit Raja, Muiz Hot Chicken luar biasa
Untuk korang yang masih baru dengan nama Muiz Hot Chicken, jenama ni lahir dari Muar sejak 2013, hasil idea anak muda Johor, Muhammad Muizzuddin, kini terus melebarkan sayap demi mendekati lebih ramai pelanggan.
Cawangan pertama di Muar dibuka tahun lepas dan tahun ni terus gasak dengan cawangan kedua. Visi mereka? Nak jadi jenama fast food lokal No. 1 kat Malaysia yang bukan sahaja tampil dengan makanan sedap, tapi sebab vibenya yang dekat di hati rakyat.