27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 5, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Cel*ka Betul Yang Persoalkan’ – Janna Nick Menempelak Pihak Pertikai Wanita Sertai Misi GSF

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengacara, Janna Nick meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap segelintir pihak yang mempersoalkan penyertaan wanita dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

    Artikel Berkaitan: Solidariti GSF, Orang Ramai Laung ‘Hancur Zi*n*s’ Depan Kedutaan Amerika Syarikat

    Pertikaian wanita sertai GSF

    Menerusi hantaran di Threads, Janna, 30, menegaskan tindakan aktivis wanita yang turut serta dalam misi itu adalah bukti keberanian dan keikhlasan mereka demi perjuangan hak kemanusiaan serta membantu nasib rakyat Palestin.

    Celaka betul siapa yang masih persoalkan kenapa perempuan pergi! Bodoh nak mampus.

    Siapa yang komen negatif tentang perjuangan para aktivis ini, memang tak ada otak!

    Kalau tak mampu buat kebaikan, jangan pertikai usaha, pengorbanan dan niat orang lain.

    Janna turut menempelak pihak yang memandang sinis aktivis yang membuat siaran langsung di TikTok sepanjang perjalanan misi tersebut.

    Kau ingat mereka buat live dekat TikTok tu sebab suka-suka? Sambil ketawa seronok-seronok? Tidak! Itu semua untuk perjuangan, untuk kesedaran.

    Dalam pada itu, Janna itu turut mengimbas kembali sindiran segelintir pihak terhadap golongan B40 sebelum ini, namun kali ini dia membidas pula sikap sesetengah golongan elit yang disifatkannya sebagai kurang cerdik.

    Dulu ada makcik cakap, ‘I tak boleh duduk dengan orang B40.’ Hari ini aku nak balas, ‘I tak boleh duduk dengan orang T20 yang bodoh sombong!’ Tolonglah, perangai macam itu memang jijik.

    Kenyataan lantang Janna itu mencuri perhatian ramai, malah ramai peminat tampil menyokong dan menyifatkan keberanian selebriti itu sebagai suara yang mewakili masyarakat prihatin.

    MENARIK:  [VIDEO] Artis Lelaki Didakwa Buang Susuk Selepas Niat Taubat – ‘Cuba Pelbagai Kaedah & Habis Ribuan Ringgit Tapi Jarum Tak Nak Keluar’

    Misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini sedang menjadi tumpuan apabila beberapa sukarelawan Malaysia, termasuk selebriti, ditahan oleh tentera Zionis selepas kapal yang mereka naiki dirampas baru-baru ini.

    Sumber: Threads

    The post ‘Cel*ka Betul Yang Persoalkan’ – Janna Nick Menempelak Pihak Pertikai Wanita Sertai Misi GSF first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah