25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, October 3, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cakra Khan Divine Concert Dimeriahkan Dengan Marsha Milan, Ade Govinda & Ramai Lagi!

    Shopee Sale

    Penyanyi Indonesia Cakra Khan kembali dengan konsert solonya, ‘Cakra Khan Divine Concert’ yang bakal berlangsung pada 2 Ogos ini bertempat di Plenary Hall Kuala Lumpur.

    Artikel Berkaitan: Cakra Khan Faham Perasaan Zazleen, Miliki Suara Unik – ‘Orang Kata Suara Saya Berkahak’

    Artikel Berkaitan: #CSOIAM: Cakra Khan Simpati Dengan Razman Razmi, Dedah Masih Sempat Siapkan Busana – ‘Saya Tiada Hak Masuk Campur’

    Konert solo

    Cakra Khan Divine Concert ini disokong khas oleh penganjur berprolifik, Shiraz Projects yang mengumumkan penyanyi berusia 33 tahun tersebut bakal menggegarkan bukan sahaja Malaysia, namun, Singapura pada 18 Julai ini di The Star Theatre atas permintaan tinggi daripada peminat.

    Konsep konsert ini menggunakan konotasi ‘Divine’ yang membawa maksud ‘luar biasa’, ‘hebat’ dan ‘mega’ sama seperti perjalanan panjang Cakra Khan sepanjang menapak nama dalam industri muzik.

    Menurut Pengarah Urusan Shiraz Projects iaitu Shirazdeen Karim, konsert solo ini dijalankan pada waktu yang tepat buat peminat menikmati vokal pelantun lagu ‘Kekasih Bayangan’ itu.

    Divine Cakra Khan juga menjadi medan buat peminat kembali menikmati vokal uniknya yang bukan hanya melantunkan lagu-lagu dari album terkini tetapi membawa pulang peminat kembali ke masa silam bersama tembang yang masih bersifat malar segar dari satu-satunya, Cakra Khan.

    Peminat juga diberi peluang untuk hadir konsert di Malaysia atau Singapura.

    Difahamkan, konsert istimewa ini turut dimeriahkan dengan penyanyi jemputan hebat seperti Marsha Milan, Ade Govinda, Titi DJ, Trio XL dan Faizal Lubis.

    MENARIK:  Fara Salleh Selar Kenyataan Rakan Shuk Sahar & Iqram Dinzly – ‘Geram Macam Mana Pun Kau Tak Ada Hak Nak Masuk Campur’

    Menjawab mengenai lagu-lagu yang bakal disajikan, Cakra memaklumkan bahawa dia membuat kelainan bagi Singapura dan Malaysia.

    Lagu-lagu yang saya bawa di Singapura mungkin tiada di Malaysia dan apa yang saya nyanyi di Malaysia mungkin tiada di Singapura.

    Ada juga lagu baru. Untuk lagu lama, kita buat susunan baru.

    Konsert kali ini saya beri perhatian lebih daripada segi persiapan susunan muzik, lampu, dan dewan supaya persembahan dapat dinikmati oleh penonton yang hadir.

    Persiapan konsert

    Berkongsi lebih lanjut, Cakra mendedahkan bahawa bilangan lagu yang bakal disajikan pada malam konsert Cakra Khan Divine Concert ini menghampiri 30 buah lagu.

    Bagaimanapun, ianya terpaksa ditapis kerana kesuntukan masa.

    Pada mulanya, hampir 30 buah lagu saya nak nyanyi.

    Tapi bila kita bincang balik, mungkin akan mengambil masa hingga lewat malam.

    Saya suka menyanyi, jadi saya tak kisah selagi penonton enjoy dengan persembahan saya.

    Tapi saya perlu fikir juga tentang masa. Jadi, kita sudah tapis mengikut kesesuaian waktu habis konsert.

    Buat para peminat, tiket boleh dibeli di http://www.myticket.asia manakala buat peminat yang ingin hadir ke konsert di Singapura boleh layari laman sesawang http://www.sistic.com.sg bagi pembelian tiket.

    Tiket bermula serendah RM225 sehinga RM1,295 manakala di Singapura pula dari SGD128 sehingga SGD248.

    The post Cakra Khan Divine Concert Dimeriahkan Dengan Marsha Milan, Ade Govinda & Ramai Lagi! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah