Pelakon kontroversi, Fathia Latiff kembali mencuri tumpuan selepas berkongsi pandangannya mengenai perkahwinan dan jodoh.
Artikel Berkaitan: Fathia Latiff Luah Rasa ‘Down’ – ‘Dapat Rasa Perubahan Pada Wajah, Penampilan Semakin Teruk’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fatiya Latiff Nafi ‘Buat’ Muka, Hanya Lakukan Rawatan ‘Eye Bag’ & Licinkan Kulit Wajah – ‘Mungkin Kerana Faktor Usia’
‘Bukan tak nak kahwin’

Menerusi hantaran yang dimuat naik di platform Threads, Fatiya, atau nama penuhnya Nur Fathia Abdul Latiff yang kini berusia 38 tahun, mengakui bahawa dia tidak kisah dengan status bujang sekiranya lelaki yang hadir dalam hidupnya tidak menepati ciri-ciri yang diharapkan.
Bukan tak nak kahwin, yang datang tu Ya Auoloh. Bujang sampai tua pun tak apa… tiber!,
Selain itu, pelakon yang pernah membintangi drama terkenal Nur Kasih ini turut menitipkan pesan kepada wanita yang masih belum bertemu pasangan hidup agar tidak mengorbankan maruah dan kehendak diri semata-mata kerana tekanan untuk berkahwin.
Morning!!! Motivasi untuk semua single ladies out there!! Do not settle for less!
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada pengikutnya di media sosial. Rata-rata menyokong pandangannya dan menyifatkan mesej itu sebagai peringatan penting untuk wanita agar lebih menghargai nilai diri sendiri.
Sumber: Threads Fathia Latiff
The post ‘Bujang Sampai Tua Pun Tak Apa’ – Fathia Latiff Letak ‘Standard’ Untuk Bakal Suami, Tak Terburu-Buru Berkahwin first appeared on OHBULAN!.





