26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 5, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Alha Alfa Berjaya Kumpul RM46,000 – ‘Dana Itu Untuk Urusan Guaman Sukarelawan GSF’

    Shopee Sale

    Usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa berjaya mengumpul sumbangan berjumlah RM46,000 bagi membantu proses pembebasan sukarelawan Malaysia yang ditahan zionis Israeal sewaktu menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

    Artikel Berkaitan: Sukarelawan Malaysia Dalam Keadaan Selamat, Akan Dihantar Pulang Melalui Negara Ketiga

    Urusan guaman

    Menerusi hantaran di Threads, Alha berkata, dia menerima panggilan daripada aktivis kemanusiaan yang kini menetap di Semenanjung Gaza, Nadir Al-Nuri, yang memaklumkan sumbangan itu akan digunakan untuk pengurusan guaman.

    Saya menerima panggilan daripada Nadir Al-Nuri yang memaklumkan mereka memerlukan sumbangan tambahan. Dana tersebut sama ada untuk bayaran guaman atau sekiranya urusan guaman selesai.

    Akan digunakan bagi melaksanakan Samud Flotilla gelombang kedua yang lebih besar. Saya sendiri rasa sangat teruja dan tidak sabar menantikannya.

    Tambah Alha, walaupun sesi siaran langsung di YouTube miliknya berlangsung dalam tempoh singkat, dia tetap bersyukur dengan dana yang diperoleh.

    Alhamdulillah, walaupun siaran langsung saya di YouTube malam Khamis berlangsung sekejap sahaja, kita berjaya mengumpul sebanyak RM46,000.

    Semua jumlah itu akan disalurkan ke sana (Gaza). Syukur dan terima kasih atas sokongan anda semua.

    Namun, perjuangan ini tidak akan terhenti di sini. Saya berazam untuk mengusahakan inisiatif yang lebih besar supaya lebih banyak dana dapat dikumpulkan.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  Nora Danish Terpegun Dengan Kecantikan Siti Nurhaliza – ‘Tak Make Up Pun Dah Macam Bidadari’

    The post Alha Alfa Berjaya Kumpul RM46,000 – ‘Dana Itu Untuk Urusan Guaman Sukarelawan GSF’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah