26.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 25, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aina Abdul Tak Sokong Kenyataan Atilia Harun – ‘Secara Tidak Langsung Mempersoalkan Tugas Juri’

    Shopee Sale

    Penyanyi dan komposer, Aina Abdul tidak bersetuju dengan kenyataan dikeluarkan Atilia Harun yang mempersoalkan kemenangan artis bersuara tinggi dalam satu anugerah, baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aina Abdul Sebak, Akui AIM24 Antara Pencapaian Yang Dinanti – ‘Saya Memang Impikan Untuk Genggam Anugerah Ini’

    Persoal tugas juri

    Aina atau nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani, 32, berkata, kenyataan tersebut seolah-olah mempersoalkan kredibiliti barisan juri profesional yang mengadili.

    Semua orang ada pandangan masing-masing, saya menghormati Atilia dan kami pernah berjumpa beberapa kali sebelum ini.

    Saya percaya dengan kredibiliti barisan juri yang mengadili. Mereka semua nama-nama besar dalam industri.

    Apabila anda mengkritik maka secara tidak langsung anda mempersoalkan tugas-tugas juri. Untuk saya, kenyataan itu tidak wajar keluar.

    Saya tidak sokong kenyataan itu kerana AIM sebelum ini ada pemenang vokal yang lagunya santai sahaja.

    Aina berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu terbaharu berjudul ‘Sesaat’ di Courtyard by Marriott KL South, pada Rabu.

    Belajar muzik

    Dalam pada itu, Aina mengakui sudah menjangka akan timbul perdebatan mengenai kemenangannya di Anugerah Industri Muzik (AIM), namun pengalaman menyertai Anugerah Juara Lagu (AJL) banyak mengajarnya untuk lebih matang berdepan kritikan.

    Saya dah boleh jangka ada perdebatan, namun AJL telah mematangkan saya. Namun berharap perkara ini tidak akan lama menjadi bualan.

    Janggal juga untuk saya keluar rumah dengan isu yang sekarang ini. Apa pun saya terima semua pandangan secara terbuka.

    Mengulas mengenai teknik nyanyian, Aina menegaskan dirinya bukan sekadar menonjolkan vokal bernada tinggi semata-mata.

    Saya datang dari latar belakang pengajian muzik dan belajar vokal. Apa yang saya tampilkan dalam nyanyian bukan semua bernada tinggi.

    Saya berguru dengan ramai guru vokal berkaliber, antaranya Cikgu Shafi dan ramai lagi.

    Terdahulu, Atilia memuat naik hantaran di media sosial membandingkan industri tempatan dengan penyanyi antarabangsa seperti Norah Jones dan Sade yang mampu menawan dunia tanpa perlu meninggikan tona suara.

    MENARIK:  ‘Rees & Leona Sudah Tahu Membawa Diri & Terbang Sendiri’ – Azhar Sulaiman

    Kenyataan tersebut keluar sejurus Aina menang besar di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) yang berlangsung baru-baru ini.

    Aina berjaya merangkul trofi Vokal Wanita Terbaik, Lagu Terbaik (Jangan Mati Rasa Itu), Lagu Pop Terbaik (Jangan Mati Rasa Itu) dan Rakaman Album Terbaik (Imaji Deluxe Edition).

    The post Aina Abdul Tak Sokong Kenyataan Atilia Harun – ‘Secara Tidak Langsung Mempersoalkan Tugas Juri’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah