Demi menghormati dan menunjukkan keprihatinan terhadap misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), penyanyi dan personaliti media sosial, Agy mengambil keputusan untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti promosi jenama buat sementara waktu.
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa & Suami Anjur Solat Hajat Bersama Anak-Anak Tahfiz Untuk Pejuang Global Sumud Flotilla
Artikel Berkaitan: Agy Pernah Rasa Tak Layak Jadi Artis, Terluka Dengan Kecaman Netizen
Tumpu kepada Sumud

Menerusi muat naik di Threads, Agy secara terbuka memohon maaf kepada klien yang telah menjalinkan perjanjian dengannya sebelum ini.
Kepada para klien dan pengikut saya, maaf kerana saya perlu berhenti seketika daripada mempromosikan dan membuat hantaran berkaitan jenama serta promosi.
Buat masa ini, marilah kita fokus kepada perjuangan sahabat-sahabat kita.
Maaf juga kerana saya terpaksa menangguhkan semua hantaran berkaitan jenama produk.
Tumpuan kini hanya untuk Sumud.
Perkongsian itu kemudiannya menarik perhatian orang ramai yang rata-ratanya menunjukkan rasa hormat kepada Agy.
Segelintir netizen menyatakan tidak ramai yang mampu menunjukkan keprihatinan seperti Agy.
Komen netizen


Sumber: Threads
The post Agy Tangguh Semua ‘Job’ Promosi Jenama – ‘All Eyes On Sumud Now’ first appeared on OHBULAN!.