Pelakon Syad Mutalib mengakui pernah terbayang bahawa karier seninya akan mula menyepi selepas mendirikan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: Janna Nick Fokus TTC, Perlahan Berlakon
Artikel Berkaitan: Kamal Adli Harap Pelakon Baru Hargai Peluang Berlakon
Job drop lepas kahwin

Menerusi temu bual bersama podcast Syok, Syad berkata, dia juga pernah terfikir mengenai tawaran berlakon akan berkurang apabila bergelar isteri.
Masa nak kahwin, saya tengah ada shooting. Waktu itu ada saja orang cakap macam (lepas kahwin, karier terus jatuh).
Saya kenal dengan suami saya masa dah berlakon. Kami memang macam dah ke arah perkahwinan. Ada terfikir kalau saya kahwin, saya tak dapat job lain ke.
Menerusi hantaran sama, Syad bagaimanapun mendapat kata-kata nasihat daripada pelakon senior, Lisdawati mengenai rezeki selepas berkahwin.
Menurut Syad, pemikirannya mula berubah dan beranggapan dunia populariti bukanlah keutamaan, sebaliknya menjadikan lakonan sebagai minat.
Saya ada borak dengan ramai orang, salah seorang adalah Lisdawati. Dia kata tak apa, percaya dengan rezeki Allah, kalau tak kahwin pun tak tahu lagi apa akan jadi.
Sebenarnya benda ini pilihan kita, nak apa sebenarnya dalam hidup? Benda itu buat saya berubah. Saya minat berlakon, fame semua itu tak apa, it comes along the way.
Sumber: TikTok
The post ‘Ada Terfikir, Kalau Kahwin Tak Dapat Job’ – Syad Mutalib first appeared on OHBULAN!.