30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Abby Abadi Minta Da’i Syed & Isteri Sabar – ‘Allah Uji Sebab Sayang, Pasti Ada Hikmah’

    Shopee Sale



    Pelakon Abby Abadi dilihat menitipkan kata-kata semangat buat Da’i Syed dan isteri, Hana Ismail susulan apa yang sedang dilalui oleh mereka pada masa ini.

    Allah uji sebab sayang

    Umum mengetahui, Da’i Syed hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada 24 September lalu, bagi sebutan kes rayuan atas kesalahan merogol seorang wanita, lima tahun lalu.

    Da’i Syed yang ditemani isteri tercinta pada masa itu kelihatan tenang memasuki perkarangan mahkamah. Menerusi momen tersebut, Abby dilihat memberi kata semangat kepada Da’i Syed agar bersabar dengan ujian yang sedang dilaluinya itu.

    Sabar ye. Allah Uji sebab sayang. Pasti ada hikmah.

    Terdahulu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan 5 November sebagai tarikh sebutan semula pengurusan kes.

    Menurut peguam yang mewakili Syed iaitu Datuk Abu Bakar Isa Ramat, tarikh itu ditetapkan semasa sesi pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, pagi Selasa.

    MENARIK:  [VIDEO] Farra Inalis Kemas Sepah Sisa Makanan Anak, Netizen Sifatkan ‘Beauty With Manners’ – ‘Tak Ramai Yang Buat’

    Katanya lagi, prosedur dibebaskan dengan jaminan adalah perkara biasa dan akan dilakukan oleh pihak peguam yang mewakili anak guamnya.

    Tambah Abu, itu merupakan satu prosedur biasa sebab mahkamah sesyen sudah jatuhkan hukuman dan pihak peguam boleh memohon mendapatkan penangguhan pelaksanaan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah