26.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 25, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    20 Hari Menghilang Diri, Mayat Warga Emas Ditemui Di Kawasan Sungai Jeran

    Shopee Sale



    Kehilangan lelaki warga emas sejak 20 hari lalu akhirnya menemui titik noktah selepas mayatnya ditemui orang awam di kawasan Sungai Jeran, Bukit Minampun, Sarawak, kira-kira tiga kilometer (km) dari rumahnya.

    Mayat dalam hutan

    Memetik laporan Berita Harian, mangsa iaitu Denis Nyawod, 76, yang mengidap demensia (hilang ingatan) itu dilaporkan hilang di Kampung Kakeng, Serian sejak 18 Mei lalu.

    Susulan daripada itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa di kawasan hutan berdekatan Kampung Kakeng.

    Bagaimanapun, operasi tersebut ditamatkan pada 25 Mei lalu selepas lapan hari diaktifkan berikutan tiada sebarang petunjuk ditemui. Namun pada 6 Jun iaitu pada hari Khamis, pihak polis menerima laporan tentang penemuan mayat warga emas di kawasan Sungai Jeran.

    Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (BBP) Serian diarah ke lokasi kejadian.

    Setibanya di lokasi, anggota bomba bersama anggota polis, anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta penduduk kampung bergerak ke tempat mayat ditemui dengan melalui denai hutan.

    MENARIK:  Mus May, Azmi Caliph Buskers & Haiza Meriahkan Siri Akhir Program Pilih Karnival PKNS

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah