26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    10 Sorotan Utama Belanjawan 2026, STR & SARA Jadi Tumpuan Rakyat

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2026 yang berlangsung pada petang Jumaat di Parlimen.

    Pada Belanjawan kali ini Perdana Menteri mengumumkan sebanyak RM419.2 billion peruntukan dengan mengangkat tema ‘Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat’.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] PMX Teguk Air Selepas 3 Jam Berdiri, Baca Puisi ‘Kepada Cinta’ Sebelum Akhiri Belanjawan & Apa Maksud Dokumen ‘X’?

    Artikel Berkaitan: 10 Intipati Utama Belanjawan Ekonomi Madani 2024

    Pembentangan belanjawan sudah pastinya dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia bagi mengetahui manfaat yang bakal diperoleh sepanjang tahun hadapan.

    Jadi, kami di kongsikan kepada anda 10 tumpuan utama Belanjawan 2026.

    1. Negara AI

    Gambar sekadar hiasan

    ‘Malaysia tidak boleh hanya menjadi pengguna, tetapi mesti menjadi pencipta dalam bidang AI.’

    Usaha Malaysia sebagai negara kecerdasan buatan (AI) menjelang 2030 ini akan membabitkan peruntukan sebanyak RM5.9 Billon.

    2. STR Fasa 4

    Pembayaran STR Fasa 4 2025 akan disalurkan pada 18 Oktober ini iaitu sebelum perayaan Deepavali. Selain itu Perdana Menteri juga mengumumkan pengecualian bayaran tol 50% selama dua hari sempena perayaan tersebut.

    3.SARA RM100

    RM100 penghargaan SARA diberikan sekali lagi kepada semua 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang akan disalurkan pada pertengahan bulan Februari 2026.

    4.Pendidikan percuma PTPTN

    Kerajaan berbesar hati untuk melaksanakan pendidikan percuma melalui PTPTN yang melibatkan seramai 5,800 anak-anak daripada keluarga miskin yang mengikuti pengajian di IPTA (Institusi Pendidikan Tinggi Awam).

    MENARIK:  Olimpik Paris 2024: Chen Tang Jie Mohon Maaf Gagal Ke Separuh Akhir – ‘Saya Janji Akan Kembali Kuat’

    Untuk inisiatif ini kerajaan memperuntukan sebanyak RM120 juta.

    5.Penjawat awam

    Kerajaan memaklumkan bantuan khas kewangan RM500 kepada semua penjawat awam gred 15 ke bawah termasuk lantikan kontrak, manakala RM250 kepada semua pesara kerajaan.

    Bantuan ini akan disalurkan pada awal Mac sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun hadapan.

    6.Rokok

    Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa rokok naik 2 sen per batang dan duti eksais ke atas produk rokok lain turut dinaikkan berkuatkuasa mulai 1 November ini.

    7.Pelantikan petugas kesihatan awam

    Seramai 4,500 doktor kontrak diluluskan dan akan ditawarkan jawatan tetap menjelang tahun hadapan manakala 935 graduan institut Latihan KKM akan ditawarkan jawatan tetap sebagai jururawat.

    8.KWSP

    Menerusi belanjawan kali ini kerajaan bersetuju untuk had pengeluaran KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) bagi menunaikan ibadah haji ditingkatkan kepada RM10,000 berbanding RM3,000.

    9.Pelepasan khas cukai

    Untuk merancakkan pelancongan dalam negara, kerajaan memberikan pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 atas perbelajaan fi kemasukkan ke pusat pelancongan tempatan dan program kebudayaan.

    10.Taska & Tadika

    Kerajaan turut mengumumkan pelepasan cukai pendapatan individu RM3,000 ke atas perbelanjaan yuran taman asuhan atau pusat transit berdaftar dan had umur anak dinaikkan sehingga usia 12 tahun.

    berharap semoga segala kemudahan serta inisiatif yang telah diusahakan oleh kerajaan ini dapat dimanfaatkan oleh segenap masyarakat Malaysia.

    The post 10 Sorotan Utama Belanjawan 2026, STR & SARA Jadi Tumpuan Rakyat first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah