PARLIMEN | Ahli parlimen pembangkang ‘menyambut’ keputusan Dewan Rakyat menggantung Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dengan membaca Qunut Nazilah hari ini.
Bacaan doa yang lazimnya dibuat oleh umat Islam bagi mendoakan musuh agama atau dalam situasi peranang itu dipimpin Zulkifli Ismail (PN-Jasin) yang juga salah seorang pemimpin PAS Melaka.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) digantung daripada menghadiri sidang parlimen selama enam bulan ekoran usul Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana membangkitkan surat layang ketika perbahasan.
Surat layang itu terkait dakwaan ke atas penjawat awam dengan maklumat yang tidak disahkan.
Keputusan itu dibuat setelah usul itu tersebut diluluskan dengan undian 110 anggota parlimen.

Terdahulu Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul mengumumkan penggantungan Wan Ahmad Fayhsal selama enam selepas undi belah bahagian dijalankan.
Dalam proses tersebut 110 ahli parlimen memberikan sokongan terhadap usul dibawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang & Reformasi Institusi), Azalina Othman Said.
Seramai 63 ahli parlimen yang lain menentang, manakala tiga berkecuali. Empat puluh enam ahli parlimen pula tidak hadir.
Dalam usulnya, Azalina berkata Wan Ahmad Fayhsal mengaitkan seseorang sebagai dalang dalam isu pengambialihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
[Berita penuh menyusul]